Rabih Ataya: Liga Malaysia Lebih Profesional Berbanding Lubnan

Lubnan

Faktor persekitaran serta liga yang dikendalikan secara profesional serta kompetitif menjadi daya penarik kepada kehadiran pemain import dari Lubnan kebelakangan ini untuk hadir mencuba nasib bermain di negara ini.

Hakikat itu dikongsikan salah seorang pemain Lubnan yang kian menyerlah bersama UiTM FC, Rabih Ataya, yang mengakui cukup gembira dengan apa dilalui sejak tinggal di sini lapan bulan yang lalu.

Dalam masa sama, pengalaman baik dilalui ramai pemain Lubnan yang pernah bermain di Liga Malaysia membuatkan dia tertarik untuk mengembangkan kariernya di sini.

“Saya tidak mengetahui banyak mengenai Liga Malaysia sebelum datang ke sini tetapi sejak bermain dengan UiTM, saya rasa berpuas hati dengan kualiti permainan di sini.

“ Sebagai contoh, dua perlawanan saya hadapi JDT (Johor Darul Ta’zim) dan Kedah, dua pasukan yang lihat begitu baik walaupun pasukan saya tewas kepada JDT dan seri dengan Kedah.

“ Liga Malaysia semuanya diuruskan secara profesional berbanding dengan apa ada di Lubnan walaupun begitu kompetitf tetapi secara keseluruhannya tidaklah profesional seperti di sini.

Mohammed Ghaddar adalah antara nama besar dari Lebanon yang pernah mewarnai saingan Liga Malaysia terutama di Kelantam apabila memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2012 selain dengan JDT pada 2017 untuk kejuaraaan Liga Super dan Piala Malaysia.

Ataya sudah menjaringkan satu gol selepas empat perlawanan bersama UiTM FC di saingan CIMB Liga Super ketika berdepan PDRM yang menyaksikan kemenangan tunggal buat pasukan dari Institut Pengajian Awam Tinggi (IPTA) itu menerusi keputusan 3-1.

Dia juga menjadi antara pemain import yang menyerlah dalam saingan CIMB Liga Super setakat ini apabila aksinya di posisi sayap kanan sentiasa menjadi nadi utama kepada jentera serangan UiTM FC.

Sementara itu, Ataya mendedahkan hampir semua pemain Lubnan memuji Liga Malaysia selain faktor persekitaran di sini amat sesuai buat mana-mana pemain untuk tinggal.

“ Ada lima pemain Lubnan yang pernah dan sedang bermain di sini berkongsi pengalaman mereka yang menjadikan saya tidak berfikir panjang untuk datang ke sini.

“ Antaranya Jad Nourreddine (Perak), Abou Bakr Al-Mel (Kelantan) dan Hassan Ali Chaito (Terengganu), mereka semuanya beritahu suruh datang ke sini sambil menceritakan semuanya cukup positif tentang di sini termasuk saingan liganya.

“ Tambahan saya sebagai seorang muslim, situasi Malaysia sebagai negara Islam memudahkan saya buat keputusan dan selepas tinggal di sini, saya begitu gembira daripada semua segi, “ katanya.

Saingan Liga Malaysia akan kembali bersambung pada 26 Ogos ini membabitkan CIMB Liga Super dan Liga Premier manakala saingan Piala Malaysia akan bermula pada 17-18 Oktober depan.

Kredit featured image: UiTM FC

Baca artikel lain dari kami mengenai Rabih Ataya:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN