R. Kogileswaran Sah Tinggalkan Korea Selatan, Bakal Kembali Ke Liga Super

R. Kogileswaran

Pemain negara yang beraksi di Korea Selatan, R. Kogileswaran telah mengambil keputusan untuk kembali semula ke saingan Liga Super selepas tempoh singkat di sana.

Kogi yang beraksi untuk kelab divisyen dua iaitu Chungbuk Cheongju kini memilih untuk meninggalkan pasukan tersebut secara persetujuan bersama dan akan kembali beraksi di Liga Super.

Kontrak beliau yang selama setahun itu dikatakan ditamatkan lebih awal terhadap isu yang menyukarkan Kogi di sana.

Menurut wartawan The Star, T. Avinesh, Kogi dikatakan akan menentukan hala tujunya dalam masa terdekat dengan dua pasukan dikaitkan dengannya.

Dua pasukan tersebut dikatakan adalah Penang dan juga Terengganu.

“R. Kogileswaran telah meinggalkan Chungbuk Cheongju menerusi persetujuan bersama. Beliau akan kembali ke saingan Liga Super.

“Difahamkan beliau akan menyertai Penang. Beliau juga dikaitkan dengan Terengganu. Kogi akan mengumumkan destinasinya pada esok,” ciap Avinesh di Twitter.

Namun begitu, wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam berkata selain Penang dan Terengganu, terdapat sebuah pasukan dari Lembah Klang juga berminat untuk mendapatkn khidmat Kogi.

“Dalam tempoh 24 jam, Kogi akan buat keputusan mengenai pasukan barunya membabitkan sebuah pasukan dari Lembah Klang atau Utara tanah air,” ciap Zulhelmi di Twitternya.

Walaupun yang terjadi, adalah satu kemenangan buat pasukan pilihan Kogi apabila berjaya mendapatkan khidmat beliau.

Seorang pemain yang cukup baik dan mampu memberikan impak, khidmat Kogi seharusnya diberikan kontrak sekurang-kurangnya dua tahun untuk membuktikan kredibilitinya.

Masanya di Korea Selatan mungkin sudah habis, jadi datanglah waktunya untuk Kogi kembali menyinar di Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN