Quantcast

BERITA

R. Gopinathan Lafaz Syahadah, Pilih Nama Muhammad Gopi Rizqi

Pemain PDRM FA, R. Gopinathan telah sah memeluk agama Islam pada pagi ini berdasarkan perkongsian video di media sosial.

Beliau yang memilih nama Muhammad Gopi Rizqi bin Rama Chandra dilaporkan mengucap syahadah di Pejabat Majlis Agama Islam Pahang.

Berdasarkan perkongsian dari Vocket FC, pemain sayap yang berasal dari Kuantan, Pahang itu difahamkan akan mengahwini gadis Melayu pilihannya tidak lama lagi.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor berusia 29 tahun itu pernah mewakili skuad kebangsaan negara di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal pada 2012 ketika berada di kemuncak prestasi bersama Pahang.

Ini bukanlah kali pertama pemain bola sepak bukan Islam bertemu hidayah. Sebelum ini bekas pemain Selangor, K. Soley atau nama Islamnya Solihion Kanasian Abdullah juga melakukan perkara yang sama.

Kredit Foto: Kedah FA

Seorang lagi adalah pemain berdarah Siam berasal dari Kedah, Danial Fadzly Abdullah atau nama asalnya Wirat Nom. Pemain ini turut pernah mewarnai bola sepak negara dengan mewakili beberapa pasukan Liga M.

Kami dari SemuanyaBOLA mendoakan, semoga dengan penghijrahan ini, Muhammad Gopi Rizqi menjadi seorang Muslim yang baik dan kekal di bawah rahmat Allah sehingga akhir hayat.