R. Dinesh Tekad Buru Tempat Dalam Kesebelasan Utama

Pemain B-23 kebangsaan, R. Dinesh berharap beliau akan menjadi pemain utama pasukan Pahang pada musim 2020 ini.

Dinesh sebelum seringkali dipinggirkan daripada kesebelasan utama kerana persaingan dengan pemain lain seperti Faisal Rosli dan juga Zubir Azmi.

Namun kini, beliau mahu memahat namanya sebagai pemain utama secara konsisten, bermain lebih banyak minit untuk skuad Pahang.

Bercakap kepada Harian Metro, R. Dinesh berkata: “Harapan saya untuk musim ini ialah merebut tempat dalam kesebelasan utama Pahang biarpun perlu bersaing dengan pemain lebih senior terutama Mohd Faisal Rosli.”

Zubir Azmi menyertai pasukan baharu untuk musim 2020. Jadi, R. Dinesh mahu menggunakan kesempatan yang ada bagi mendapatkan tempat beliau dalam kesebelasan utama.

Beliau bertekad akan memberikan aksi terbaik dan komitmen 100% di atas padang.

“Jika mendapat peluang, saya akan memberi persembahan yang terbaik dan komitmen 100 peratus dalam usaha membantu Pahang melakar kejayaan terbaik musim ini.”

“Pengalaman saya bersama skuad bawah 23 negara sungguh bermakna dan banyak yang dipelajari bersama Datuk Ong Kim Swee . Dengan pengalaman ini saya akan mempersembahkan sebaik mungkin apabila diberi peluang memikul amanah itu,” jelas beliau.

Foto: The Star

R. Dinesh sudah menyarung jersi Pahang sejak 2016 lagi. Lantas, beliau mengharapkan musim 2020, adalah musim untuk dirinya berada dalam skuad utama.

R. Dinesh turut memberikan aminan kepada penyokong pasukan Pahang bahawa mereka sepasukan akan memberikan aksi yang terbaik musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN