Pengurus Iran, Carlos Queiroz merasakan yang VAR sebenarnya tidaklah terlalu membantu pengadil dalam membuat keputusan tepat.
Buktinya, pengadil tidak melayangkan Cristiano Ronaldo kad merah walaupun terang-terangan pemain itu menyiku Morteza Pouraliganji pada minit ke-83.
Pengadil mengambil masa kira-kira 3 minit dan hanya melayangkan Ronaldo kad kuning dalam perlawanan tersebut. Queiroz berkata:
“Saya kalau boleh tidak mahu bercakap melampau tentang negara kelahiran saya dan para pemain mereka. Saya tahu ia akan mewujudkan perang ke atas saya.”
“Namun tak mengapalah, saya sudah biasa berseorangan menentang satu negara sejak di Afrika Selatan lagi. Saya tiada masalah untuknya.”
“Realitnya adalah, anda (pengadil) menghentikan perlawanan untuk melihat VAR kerana ada insiden menyiku pemain kami.”
“Menggunakan siku adalah kesalahan kad merah dalam undang-undang. Dan undang-undang itu tidak ada pengecualian kalau anda Messi ataupun Ronaldo sekalipun. Ianya tetap kad merah.”
Queiroz menyatakan, pengadil mengadili insiden itu dengan baik sebab itu beliau menghentikan perlawanan. Namun isunya adalah, apabila tiba kepada fasa membuat keputusan, pengadil tidak cukup berani melakukannya.
“Ini bukan masalah pengadilan tetapi lebih kepada masalah keberanian, karakter pengadil untuk mengambil keputusan yang tegas untuk semua orang.”
“Jadi, pada pandangan saya, Encik Infantino dan FIFA, serta kesemua mereka yang bersetuju dengan VAR, saya nak jelaskan yang VAR tidak cukup bagus.”
“Realitinya, VAR telah mendapat terlalu banyak bantahan.”