Quantcast

BERITA

Quaresma Buat Kenyataan Terbuka Di Instagram Beliau Dihalau Presiden Besiktas

Agak mengejutkan apabila Ricardo Quaresma telah diminta berambus oleh Presiden Besiktas, Fikret Orman.

Perkara itu dikongsikan oleh Quaresma menerusi instagram beliau. Quaresma berkata:  “Saya baru dimaklumkan bahawa presiden kelab sudah tidak mahu lagi saya menjadi sebahagian daripada kelab ini dan terus bermain.”

“Buat masa ini, saya cuba mencari penyelesaian isu ini.”

“Dalam beberapa hari akan datang, saya akan mengumumkan status masa depan saya dalam sidang media.”

“Terima kasih kepada semua yang memahami dan memberikan sokongan.”

Masa depan Quaresma mulai dipersoalkan selepas pemain berusia 35 tahun itu disisihkan dalam aksi Liga Super Turki menentang Goztepe.

Quaresma telah bermain untuk Besiktas kira-kira 8 musim secara terkumpul.

Beliau pertama kali menyertai Besiktas pada 2010/11. Kali kedua adalah pada 2015/16. Quaresma berjaya menyelamatkan karier kebangsaannya ketika di Besiktas.

.Quaresma pernah menyatakan: “Jika Besiktas sudah tidak mahukan saya, saya akan meninggalkan Turki dan mencari kelab lain. Ini kerana saya ada hubungan yang sangat erat dengan kelab ini.”