Kerajaan Arab Saudi Arah Pengadil Gunting Rambut Pemain Yang Ada Gaya Qaza

Pemain Islam di liga Arab Saudi perlu berfikir dua kali sebelum membuat gaya rambut mohawk selepas ini.

Ini kerana menurut laporan laman web Ar-Riyadiah, kerajaan Arab Saudi baru saja mengarahkan semua persatuan sukan dan jemaah Olimpik untuk mengharamkan fenomena qaza – fenomena gaya rambut pelik yang dikatakan ‘tidak Islamik’.

Ini kerana dalam Islam, menurut hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW menegah perbuatan qazaa, iaitu mencukur sebahagian daripada rambut di kepala.

206148_439425386081545_1064132000_n

Jika anda merasakan kerajaan Arab Saudi bersesuaian, anda perlu tahu reaksi pembaca akhbar Al-Jazirah mengenai isu ini.

Menurut salah seorang pembaca, kerajaan Arab Saudi perlu terus menggantung pemain yang terus menggayakan gaya rambut qazaa.

Isu ini mendapat liputan meluas di Arab Saudi – negara Islam Sunni yang berfahaman Wahhabi – kerana semakin ramai kanak-kanak di sekolah mula meniru gaya rambut qaza daripada pemain bola sepak.

Pada 2012, pengadil Persatuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) pernah bertindak menggunting rambut Waleed Abdullah – penjaga gol Al Shabab dan skuad kebangsaan Arab Saudi – sebelum perlawanan liga kerana menggayakan gaya rambut mohawk.

https://www.youtube.com/watch?v=_ODE2wnHiKk

Perlawanan tersebut terpaksa dilewatkan selama sejam supaya pengadil dapat menggunting rambut Waleed sehingga menjadi rata.

Kejadian ini juga pernah terjadi di Malaysia.

Semasa kempen Piala AFF Suzuki 2014, sebilangan pemain skuad kebangsaan mendapat gaya rambut yang baru dan memuat naik gambar potongan rambut mereka ke media sosial.

Bagaimanapun potongan rambut mereka mendapat teguran sebilangan peminat yang mendakwa potongan rambut mereka sebenarnya merupakan perbuatan qaza yang dilarang dalam Islam.

Indra Putra Mahyuddin menerima nasihat peminat dan bertindak membotakkan kepalanya terus.

indra

Baca juga: Penjaga Gol Thailand Gantung Tangkal Di Pintu Gol, Muncul Hero Selamatkan Penalti Arab Saudi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN