Qatar 2022: Serbia Hampir ‘Lemas’ Hadapi Kebangkitan Cameroon

Cameroon Serbia Piala Dunia Qatar 2022

Cameroon terus menghidupkan harapan untuk mara ke pusingan kalah mati saingan Piala Dunia 2022 selepas bangkit dari ketinggalan dua gol untuk mengikat Serbia 3-3 dalam aksi kumpulan G yang berlangsung di Stadium Al Janoub.

Wakil Afrika itu terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Jean Charles Castello pada minit ke-29.

Namun di penghujung babak pertama pada masa tambahan Serbia memadam kelebihan tersebut dengan dua gol pantas dari Strahinja Pavlovic dan Sergej Milinkovic-Savic.

Hanya lapan minit selepas perlawanan bersambung, Aleksandar Mitrovic terus meletakkan skuad The Eagles selepas di depan dengan gol ketiga.

Tetapi ia langsung tidak mematahkan semangat skuad The Indomitable Lions untuk kembali mengikut kedudukan hasil jaringan Eric Maxim Choupp-Moting dan Vincent Aboubakar.

Keputusan seri itu menyaksikan kedua-dua pasukan berhasil mengutip satu mata pertama dan kekal di tangga ketiga dan keempat dalam kumpulan sebelum menanti satu lagi perlawanan melibatkan Brazil dan Switzerland.

Leave a Reply