- Pasukan: Sepanyol
- Benua: Eropah
- Kali terakhir layak: 2018
- Pencapaian terbaik: Juara (2010)
Sepanyol tampil dengan kejutan untuk meraih ke pusingan separuh akhir pada saingan Euro 2020 lalu dan pasukan itu kini dilihat kembali popular dalam kalangan penyokong untuk melihat mereka mara lebih jauh.
Sepanjang 14 tahun di pentas antarabangsa, Sepanyol dilihat tampil dengan prestasi yang agak unik dengan memperoleh dua kejuaraan Euro pada tahun 2008 dan 2012.
Spain’s World Cup squad is here 🇪🇸 pic.twitter.com/vBgObfSw2v
— B/R Football (@brfootball) November 11, 2022
Pasukan tersebut juga merupakan juara Piala Dunia pada edisi 2010 untuk menjadi salah satu negara yang sangat hebat dalam bola sepak ketika itu dengan barisan pemain berkualiti.
Namun, prestasi mereka mula dipertikaikan sejak beberapa tahun selepas itu dengan tiada sebarang kejuaraan lagi diperoleh serta tampil dengan tidak konsisten.
Pada tahun 2014, pasukan tersebut tersingkir lebih awal dalam saingan Piala Dunia di Brazil selepas mereka sekadar menamatkan cabaran dengan hanya satu kemenangan dicatat ketika menewaskan Australia.
Untuk aksi 2018, mereka tampil dengan sangat baik pada peringkat kumpulan menerusi satu kemenangan dan dua seri untuk mara ke pusingan seterusnya.
Malang berlaku apabila mereka dikejutkan oleh pasukan tuan rumah Russia selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti, setelah terikat 1-1 pada masa penuh permainan.
Bagaimana persiapan Piala Dunia kali ini?
Ramai menjangkakan Sepanyol mungkin akan tampil lebih baik pada kejohanan kali ini menerusi aksi permainan ditampilkan sangat positif ketika saingan Nations League lalu.
Sepanyol telah menjadi juara kumpulan selepas mereka mencatat tiga kemenangan, dua seri, dan satu kekalahan untuk mengetepikan Portugal, Switzerland, dan Czech Republic.
👋🏻 ¡¡HOLA, DOHA!!
🇶🇦 ¡¡HOLA, #Catar2022!!
😊 ¡¡HI, @FIFAWorldCup!!
🚍 La expedición de la @SEFutbol aterriza en la capital de Catar procedente de Jordania y ya se dirige a su base de operaciones.#VamosEspaña | #Catar2022 pic.twitter.com/mbx6i4WaDs
— Selección Española Masculina de Fútbol (@SEFutbol) November 17, 2022
Selepas kekalahan di tangan Croatia pada musim luruh dalam saingan Nations League, Sepanyol hanya mencatat kekalahan sebanyak lima kali sahaja daripada 45 perlawanan antarabangsa.
Dengan muka-muka baharu yang dibawa kali ini di Qatar, jelas Luis Enrique mempunyai rencana tersendiri untuk menghadapi pasukan lawan dalam setiap perlawanan.
Tiga pemain tumpuan Sepanyol
Pedri (pemain tengah)
Pemain muda berbakat besar ini jelas menjadi tumpuan ramai selepas beliau dinobatkan sebagai Golden Boy 2021 menerusi sumbangannya bersama kelab dan negara.
Selepas menyerlah dalam saingan Euro 2020 serta bersama skuad olimpik, ini merupakan masa yang sesuai buat pemain tersebut untuk tampil lebih menyerlah dalam saingan Piala dunia.
☺️ ¡¡Empiezan a llegar los nuestros!!
👋🏻 ¡¡Hola, @Pedri!!#VamosEspaña | #Catar2022 pic.twitter.com/h7ltm2O8Lr
— Selección Española Masculina de Fútbol (@SEFutbol) November 14, 2022
Tampil dengan kualiti gelecekan, kreatif, serta pakar dalam membuat hantaran tepat, menjadikan Pedri sebagai salah satu kunci kekuatan utama Sepanyol kini.
Alvaro Morata (Penyerang)
Walaupun Sepanyol dilihat lebih mementikan aspek kualiti di posisi tengah, pasukan ini tetap mempunyai pemain serangan yang sangat baik untuk mendapatkan gol.
¡¡UYYYYYY!! ¡¡DE NUEVO LA TUVO MORATA!!
⚔️ Un defensa rival interceptó el buen tiro del 7⃣ de @SeFutbol.#ESP 🆚 #Kos | 2-0 | 47’ #SomosEspaña #SomosFederación pic.twitter.com/IJrIwwWbBP
— Selección Española Masculina de Fútbol (@SEFutbol) March 31, 2021
Suka atau tidak, Morata kekal bakal menjadi pilihan utama Sepanyol untuk saingan Piala Dunia ini dengan bertindak selaku penyerang utama mereka.
27 gol daripada 57 penampilan beliau bersama skuad kebangsaan sudah menceritakan segalanya termasuk aspek pengalaman dimiliki penyerang tersebut.
Sergio Busquets (pemain tengah)
Sebagai salah seorang pemain paling senior dalam skuad kebangsaan, khidmat pengalaman dimiliki Busquets pastinya ditagih untuk memantapkan jentera tengah mereka.
Beliau juga tampil sebagai satu-satunya pemain yang menjadi juara Piala Dunia pada edisi 2010 dan masih menjadi tonggak penting untuk Barcelona.
🫡 ¡¡El capitán @5sergiob marca el camino!!#VamosEspaña | #Catar2022 pic.twitter.com/DRavjQozRD
— Selección Española Masculina de Fútbol (@SEFutbol) November 14, 2022
Selain ketenangan dimiliki untuk menjadi maestro utama Sepanyol, Busquets dilihat bakal menjadi pembimbing untuk pemain muda lain di posisi tersebut seperti Pedri dan Gavi.
Peluang untuk Sepanyol di Qatar?
Berada dalam Kumpulan E bersama Jerman, Costa Rica, dan Jepun menjadikan peluang buat Sepanyol untuk melangkah ke pusingan seterusnya tampak agak cerah.
Cuma Jerman dilihat sebagai penghalang mereka ketika ini menerusi barisan pemain dibawa skuad tersebut serta rekod yang agak baik di pentas antarabangsa.
Walaupun begitu, Jepun dan Costa Rica juga dilihat mampu untuk memberj kejutan buat Sepanyol menerusi reputasi semasa mereka sebelum itu dalam aksi di pentas antarabangsa yang agak baik.