Qatar 2022: Persis Arab Saudi Tumbangkan Gergasi, Giliran Jepun Malukan Jerman

Pasukan pilihan, Jerman dikejutkan oleh Jepun dalam perlawanan pertama mereka bagi aksi peringkat Kumpulan E selepas ditewaskan oleh wakil dari Asia itu menerusi keputusan penuh 1-2.

Dalam aksi yang berlangsung itu, Jepun jelas mencipta kebangkitan pada separuh masa kedua untuk mendapatkan dua jaringan bagi memadam kelebihan dimiliki Jerman ketika separuh masa pertama.

Persis rakan negara Asia iaitu Korea Selatan, jelas kali ini menjadi giliran seterusnya buat Jepun untuk mengalahkan Jerman dalam saingan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Awal perlawanan menyaksikan Jerman cuba mencipta serangan menerusi gerakan individu yang direncanakan oleh Serge Gnabry, namun tindakan pantas beberapa pertahanan Jepun berjaya menafikannya.

Jepun sesekali hadir menerusi serangan balas pantas yang mereka cipta untuk mencari penyerang tunggal mereka iaitu Daizen Maeda untuk cuba melepasi kawalan Antonio Rudiger.

Maeda berjaya mendapatkan jaringan awal mereka pada minit ke-7, namun ianya dibatalkan apabila pengadil perlawanan mengesan penyerang tersebut telah pun berada dalam kedudukan offside.

Tekanan-tekanan tinggi yang diberikan oleh Jepun memaksa para pemain Jerman tidak dapat mengawal bola dengan lebih lama selain kerap kehilangan bola di bahagian tengah.

Jerman memperoleh beberapa peluang terbaik untuk mendapatkan gol menerusi percubaan tepat dilakukan, namun ketangkasan Gonda Shuichi berjaya menghalang lawan untuk memperoleh jaringan.

Pada minit ke-30, Jerman akhirnya memperoleh sepakan penalti setelah pemain mereka dijatuhkan oleh penjaga gol Jepun untuk menghalang sebarang kemungkinan gol.

Ilkay Gundogan mudah menyempurnakan peluang tersebut selepas sepakannya tidak dapat dibaca dengan baik oleh Gondo untuk menyelamatkan situasi dan memberi jaringan pertama buat Jerman pada minit ke-33.

Kai Havertz hampir menambah derita buat pasukan Jepun setelah penyerang utama Jerman itu berjaya meledak gol kedua mereka sebelum ianya turut dibatalkan kerana offside.

Bersambung di separuh masa kedua, Jerman meningkatkan intensiti permainan mereka dalam usaha untuk melebarkan jaringan dengan memberi banyak tekanan ke arah kubu pertahanan Jepun.

Ketangkasan yang dipamerkan Gonda jelas banyak menyelamatkan Jepun daripada dibolosi, apabila penjaga gol itu tampil cemerlang untuk menepis percubaan dibuat oleh Jerman.

Jepun akhirnya berjaya menyamakan kedudukan mereka pada minit ke-75 menerusi gol yang diledak oleh Ritsu Doan,selepas tepisan Neuer menuju tepat kearahnya untuk melepaskan renbatan deras ke dalam gawang Jerman.

Kejutan berjaya dilakar Jepun apabila giliran mereka pula untuk mendahului Jerman pada minit ke-83 menerusi Takuma Asano, selepas kesilapan yang dibuat pertahanan lawan membuka ruang buat pemain itu untuk menambah jaringan.

Keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil dengan Jepun berjaya mengutip tiga mata pertama mereka di Qatar.

Kesebelasan utama

Jerman: Manuel Neuer (Penjaga gol), (Kapten), Antonio Rudiger, David Raum, Joshua Kimmich, Kai Havertz, Serge Gnabry, Thomas Muller, Jamal Musiala, Niklas Sule, Ilkay Gundogan, Nico Schlotterbeck

Jepun: Gonda Shuichi (Penjaga gol), Itakura Kou, Nagatomo Yuto, Endo Wataru, Kubo Takefusa, Ito Junya, Kamada Daichi, Tanaka Ao, Sakai Hiroki, Yoshida Maya (Kapten), Maeda Daizen

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN