- Pasukan: Korea Selatan
- Benua: Asia
- Kali terakhir layak: 2018
- Pencapaian terbaik: Tempat keempat (2002)
Selaku salah satu gergasi di Asia, Korea Selatan tampil dengan persediaan yang sangat baik untuk menghadapi saingan Qatar 2022.
Menerusi rekod mereka sebelum itu, Korea Selatan menjadi pasukan pertama di Asia yang sudah pun beraksi sebanyak 10 kali berturut-turut untuk temasya berprestij tersebut.
Selain Korea Selatan, empat lagi negara lain yang sudah mencipta rekod tersebut ialah Brazil, Jerman, Argentina, dan Sepanyol untuk mewakili benua masing-masing.
Among the 22 nations to have played 30 or more matches at the World Cup, South Korea have the lowest win ratio (18%) 📉 pic.twitter.com/6DibJVVj8k
— lenaux sport (@lxsportnews) November 24, 2022
Walaubagaimana pun, persediaan pasukan ini agak terjejas sebelum itu menerusi kecederaan yang dialami tonggak utama mereka iaitu Son Heung-min.
Son sebelum itu mengalami kecederaan ketika perlanggaran beliau bersama pertahanan Marseille iaitu Chancel Memba ketika aksi UEFA Champions League (UCL).
Kecederaan yang dialami Son ketika itu di bahagian mata menyaksikan pemain tersebut perlu menjalani pembedahan segara dan jelas merisaukan pengendali negara, Paulo Bento.
Selain isu kecederaan Son, pengendali itu juga khuatir dengan prestasi semasa dipamerkan oleh pemain kuncinya iaitu Hwang Hee-chan dan Hwang Ui-jo yang dilihat agak merosot.
Perjalanan ke Qatar
Segalanya tampak dengan begitu baik buat Korea Selatan dengan mereka menghuni tangga kedua peringkat ketiga kelayakan untuk berada di belakang Iran.
Daripada 10 perlawanan, Korea Selatan berjaya mencipta tujuh kemenangan, dua seri, dan satu kekalahan untuk mengumpul 23 mata dan mengesahkan slot mereka ke Qatar.
Penjaring terbanyak mereka sepanjang aksi kelayakan tersebut sudah tentu menjadi milik Son yang telah pun meledak empat gol keseluruhan.
Selain itu, tiga siri persahabatan antarabangsa turut dilakukan pasukan tersebut dengan keputusan positif berjaya diraih menerusi dua kemenangan dan satu seri ketika bertemu Costa Rica, Cameroon, dan Iceland.
Official South Korea squad for 2022 World Cup. 🚨🇰🇷 #WorldCup2022
Heung-min Son, in. Confirmed. pic.twitter.com/x7SIYogHjS
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 12, 2022
Pendek kata, Korea Selatan telah pun membawa motivasi yang sangat tinggi ketika ini untuk aksi Piala Dunia dan bersedia untuk menghadapi negara-negara lain.
Rekod lalu menyaksikan mereka telah mengejutkan Jerman dan pastinya akan dibawa sebagai pencetus semangat bagi memberikan yang terbaik untk edisi kali ini.
Son kekal sebagai bintang harapan
Tampil sebagai salah satu bintang utama, pastinya aksi Son bersama Korea Selatan akan menjadi tumpuan penting dalam kalangan pemerhati bola sepak dunia.
Paulo Bento pastinya antara individu yang sangat lega dengan kehadiran Son dalam skuad dikendalikan beliau untuk Piala Dunia untuk menjadi tunjang utama serangan.
Menerusi rekod sebagai penjaring terbanyak pada musim lalu dalam saingan English Premier League (EPL), konsistensi beliau diteruskan lagi kali ini bersama Tottenham Hotspur.
We've got a masked Heung-Min Son back in World Cup training for South Korea. 😤 pic.twitter.com/y1J6oqmjVh
— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) November 16, 2022
13 penampilan beliau musim ini bersama Spurs, menyaksikan Son telah pun meledak tiga jaringan dan dua bantuan gol selain konsisten cemerlang mempamerkan kelincahannya bersama Harry Kane.
Malah, beliau juga berada di tangga ke-11 untuk pencalonan Ballon d’Or 2022 yang menjadikan Son satu-satunya pemain Asia pernah sampai di tahap sedemikian.