Qatar 2022: Jersi Warna-Warni Kedah Disalah Anggap Bawa Unsur LGBT?

Seorang penyokong bola sepak tempatan terpaksa berdepan dengan suasana getir selepas beliau ditahan oleh pihak penguat kuasa kerana dianggap membawa unsur LGBT di Qatar.

Seperti diketahui, saingan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar ketika ini melarang setiap penyokong untuk cuba membawa sebarang unsur tersebut dan tindakan keras akan diambil sekiranya ia berlaku.

Menurut laporan Harian Metro, penyokong tersebut merupakan anak kelahiran Johor yang bernama Zulfadli Ahmad Tajuddin dan beliau telah ditahan hampir setengah jam untuk disiasat.

Jelas beliau, disebabkan jersi tersebut tampil dengan rekaan petak berwarna-warni, ia jelas menimbulkan isu keraguan buat mereka untuk memeriksa kerana disyaki membawa pengaruh LGBT.

Untuk rekod, pengharaman unsur LGBT ini buat julung kalinya dibuat sepanjang saingan Piala Dunia berlangsung, selepas kerajaan Qatar mengharamkannya untuk mempromosikan unsur tersebut di sana.

Terang Zulfadli, beliau terpaksa menunggu hampir setengah jam di pintu masuk Stadium Al-Bayt untuk melalui proses siasatan, sambil mengesahkan jersi tersebut tidak mempunyai unsur LGBT seperti yang diharamkan kerajaan Qatar.

“Saya terpaksa google dan menunjukkan gambar jersi ini sebenarnya adalah jersi rasmi sebuah pasukan bola sepak di Malaysia,” dedahnya ketika ditemubual dalam program Dari Tepi Padang bersama pengulas sukan tanahair, Datuk Jasni Shafie di Qatar yang dikeluarkan oleh Harian Metro.

Selepas proses siasatan berlangsung dan Zulfadli berjaya membuktikan sebaliknya, akhirnya beliau berjaya dibebaskan untuk masuk ke stadium dan menyaksikan perlawanan Piala Dunia.

Pada masa sama, Zulfadli mengakui beliau jelas sangat cemas dengan situasi yang dilalui itu sambil membayangkan perasaan kecewa jika terpaksa melupakan hasrat untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

“Saya cemas dan sudah mula membayangkan akan kecewa amat sangat kalau tak dibenarkan masuk. Saya difahamkan bahawa mengamalkan seks songsang (LGBT) di Qatar adalah dilarang sama sekali dan boleh dipenjara,” katanya.

Untuk info, jersi yang dipakai oleh Zulfadli itu telah digunakan secara rasmi oleh pasukan Kedah Darul Aman (KDA) pada tahun 2020 untuk beberapa perlawanan.

Ianya juga merupakan jersi ketiga pasukan tersebut pada musim itu selepas mereka memperkenalkan warna hijau dan merah sebagai persalinan utama dan kedua kelab.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN