- Pasukan: Switzerland
- Benua: Eropah
- Kali terakhir layak: 2018
- Pencapaian terbaik: Suku akhir (1934, 1938, 1954)
Switzerland kini menjadi antara pasukan yang paling konsisten berjaya layak ke Piala Dunia dan ini tiada bezanya dengan Qatar 2022.
Mempunyai rekod yang baik di awal penubuhan kejohanan pada 1930, Switzerland masih belum mampu untuk benar-benar mencabar hingga berjaya menembusi separuh akhir.
Akan tetapi, saban edisi mereka pastinya hadir dengan skuad yang ampuh.
Menjahanamkan Itali
Dalam perjalanan ke Qatar 2022, Switzerland menjadikan Itali sebagai mangsa mereka dengan menolak ke tepi juara dunia empat kali itu.
Disaat Itali dilihat sebagai pilihan untuk menjadi juara kumpulan C yang turut disertai Ireland Utara, Lithuania dan Bulgaria, Switzerland muncul cemerlang apabila menjadi pasukan terbaik dengan mengutip 18 mata.
Rekod bersih dicatatkan oleh mereka apabila tanpa kalah dan walaupun ia cuba ditiru oleh Itali yang berada ditangga kedua, Switzerland mempunya keputusan yang lebih elok apabila mencatatkan lima kemenangan dan tiga seri (berbanding Azzuri: empat menang, empat seri).
Tetap mencabar
Switzerland bukanlah pasukan yang dianggap sebagai gergasi Eropah seperti Perancis, Jerman atau Sepanyol yang mempunyai deretan bakat-bakat cemerlang.
Namun begitu, mereka tetapi mempunyai skuad yang ampuh dan boleh dikatakan seimbang untuk mencabar pasukan.
Muka-muka tetap kesebelasan utama seperti Granit Xhaka, Ricardo Rodriguez dan Yann Sommer akan menjadi sandaran Switzerland selain Xherdan Shaqiri yang sentiasa menyinar apabila kejohanan antarabangsa.
Selain itu, mereka juga ada Fabian Schar yang teguh dipertahanan Newcastle United musim ini selain Manuel Akanji bersama Manchester City.
Potensi ke pusingan seterusnysa
Jika dibandingkan dengan kualiti yang ada dalam kumpulan G, kesemua pasukan antara Switzerland, Serbia dan Cameroon mempunyai mutu yang setara – hanya Brazil yang lebih baik,
Jadi, persaingan terbuka untuk meraih tempat kedua dalam kumpulan ini dengan kelebihan memihak kepada Switzerland menerusi kualiti skuad yang ada.
Berdepan dengan Cameroon dalam perlawanan pertama, adalah wajib buat Switzerland untuk meraih tiga mata walaupun pastinya apabila bertemu wakil Afrika bukan sentiasa senang.
Kumpulan G ini dianggap sebagai antara kumpulan paling sukar untuk ditentukan dua pasukan terbaik jika nak dibandingkan menerusi kualiti.
Hanya yang terbaik dan tidak ‘terciduk’ pasti akan berjaya layak ke pusingan seterusnya.
Semoga berjaya, Switzerland.