Qatar 2022: Inspirasi Boufal-Hakimi-Ziyech Boleh Angkat Maghribi Ke Pusingan Seterusnya

Qatar 2022
  • Pasukan: Maghribi
  • Benua: Afrika
  • Kali terakhir layak: 2018
  • Pencapaian terbaik: Pusingan 16 terbaik (1986)

Selepas mengharungi kempen yang mengecewakan di Rusia 2018, Maghribi hadir sekali lagi ke pentas dunia di Qatar 2022 untuk cuba melakukan lebih baik berbanding sebelum ini.

Walaupun berdepan tugas sukar apabila diundi bersama-sama Belgium, Croatia dan juga Kanada, Maghribi tidak gerun untuk bertemu gergasi bola sepak dunia kerana bersama mereka turut ada pemain-pemain yang boleh menyukarkan pihak lawan.

Jalan mudah

Melihat emula kepada rekod Maghribi di peringkat kelayakan, mereka tidak ada sebarang masalah untuk menempah tiket ke Qatar 2022.

Berjaya mendapatkan bye untuk ke pusingan seterusnya, Maghribi diundi dalam kumpulan I yang turut disertai Guinea-Bissau, Guinea dan juga Sudan.

Maghribi jelas terlalu kuat bagi ketiga-tiga negara tersebut apabila mereka berjaya menewaskan semuanya dengan mudah.

Mereka mencatatkan semua menang dalam aksi peringkat kumpulan dengan rekod cemerlang 20 jaringan dan cuma bolos sekali sahaja.

Mara ke pusingan ketiga, rentak yang sama dilakukan oleh Maghribi apabila bertemu Republik Demokratik Congo.

Tetap menampilkan persembahan cemerlang, Maghribi tiada sebarang masalah menewaskan Congo menerusi agregat 5-2.

Handal di Afrika, ampuh di dunia?

Kehandalan Maghribi di peringkat kelayakan menarik perhatian ramai dan harapan pastinya menggunung terletak kepada mereka untuk mara jauh.

Namun begitu, adakah kehandalan di benua sendiri dapat diterjemah ketika berdepan gergasi bola sepak dunia.

Di ata kertas, Maghribi bukanlah skuad yang mempunyai pemain yang handal di segenap posisi. Akan tetapi, mereka mempunyai beberapa bintang yang boleh diharapkan dapat membantu rakan sepasukan memberikan tentangan kepada pihak lawan.

Achraf Hakimi, Hakim Ziyech dan Soufiane Boufal adalah tiga nama yang akan sentiasa disebut oleh pemerhati bola sepak sebagai tunjang kekuatan Maghribi di Piala Dunia kali ini.

Hakimi yang semakin matang dalam corak permainannya pastinya akan memberikan ancaman tambahan kepada serangan Maghribi dari bahagian pertahanan.

Sementara untuk Ziyech pula, kualiti yang ada padanya tidak boleh lagi disangkal. Walaupun ada masanya beliau mengalami kesukaran di Chelsea, tetapi apabila bersama skuad kebangsaan pastinya aura beliau dapat ditonjolkan.

Sementara untuk Boufal, pemain berpengalaman ini sudah pastinya boleh membantu untuk mengetuai jentera serangan Maghribi bersama-sama Ziyech.

Qatar 2022: Edisi Terakhir Buat Luka Modric Bersama Croatia

Peluang itu ada, tapi sukar

Menjengah kepada komposisi kumpulan F, jelas sekali Belgium dan Croatia adalah pasukan pilihan untuk mara.

Tetapi kumpulan ini sebenarnya terdapat dua pasukan ‘pengacau’ yang boleh menggugat dua negara itu iaitu Maghribi dan Kanada.

Maghribi dilihat mempunyai potensi besar untuk memberikan masa sukar kepada Belgium dan Croatia dan seandainya tidak mara jauh, kedudukan tempat ketiga adalah baik buat mereka.

Jadi, kedua-dua pasukan itu tidak seharusnya leka apabila berdepan dengan Maghribi kerana jika tersilap langkah pasti padah akan menanti.

Semoga berjaya, Maghribi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN