Gergasi Asia, Korea Selatan turun beraksi bertemu wakil dari Amerika Selatan Uruguay dalam aksi peringkat kumpulan H di Education City Stadium.
Perlawanan yang menemukan kedua-dua pasukan ini sebenarnya antara perlawanan yang dinanti-nanti oleh para peminat dan sudah tentu sukar untuk meramal siapa bakal memenangi perlawanan ini.
Dua wakil Asia, Jepun dan Arab Saudi sebelum ini berjaya mengejutkan peminat seluruh dunia selepas kejayaan mereka menewaskan pasukan pilihan seperti Jerman dan Argentina.
South Korea take a well 𝐄𝐀𝐑𝐍𝐄𝐃 point against Uruguay. 🤝 #FIFAWorldCup pic.twitter.com/iHYa91x0vj
— Football Daily (@footballdaily) November 24, 2022
Para peminat menjangkakan yang Korea Selatan bakal menjadi satu lagi pasukan Asia yang mampu mencatatkan kejutan dengan menewaskan Uruguay.
Uruguay juga turut dianggap pasukan kegemaran kerana mereka merupakan antara kuasa besar di pentas dunia bola sepak.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pasukan terpaksa akur sekadar mencatatkan keputusan seri sahaja dalam perlawanan ini walau mereka sudah mempamerkan aksi persembahan terbaik sepanjang perlawanan.
FT: Uruguay 0-0 South Korea.
A game which provided only 1 shot on target in 98 minutes. pic.twitter.com/xlGIFXb4u3
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) November 24, 2022
Korea Selatan 0-0 Uruguay
Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan mempamerkan aksi permainan pantas dan masing-masing berjaya melancarkan serangan ke kubu lawan.
Uruguay mendominasi awal 20 minit permainan dan Korea Selatan mula mendapatkan rentak persembahan mereka bermula pada minit ke-30 permainan.
Kedua-dua pasukan juga saling berpotensi untuk memperoleh gol namun ketangkasan penjaga gol kedua-dua pasukan menyebabkan tiada jaringan yang berjaya dihasilkan sepanjang 45 minit pertama permainan.
✨FIFA WORLD CUP 2022 | Group H
FT: South Korea 🇰🇷 0️⃣-0️⃣ 🇺🇾 Uruguay#FIFAWorldCup #Qatar2022 pic.twitter.com/r6JAmqZpQa
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 24, 2022
Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, namun harus diakui yang para pemain kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat menarik sepanjang 45 minit pertama permainan.
Masuk aksi babak kedua permainan, kedua-dua pasukan masih mengekalkan corak permainan pantas dan saling berbalas serangan.
Perlawanan berlangsung dengan sangat seimbang dan kedua-dua pasukan memiliki kesempatan untuk memperoleh gol pendahuluan.
Walau bagaimanapun, tiada jaringan yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan selepas 80 minit beraksi di atas padang.
Full-Time: Uruguay 0-0 South Korea pic.twitter.com/DF7hTGc5YS
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 24, 2022
Tamat 90 minit masa sebenar permainan, masih tiada jaringan yang berjaya dihasilkan oleh para pemain kedua-dua pasukan.
Tujuh minit masa tambahan diberikan oleh pengadil perlawanan, namun kedua-dua pasukan masih gagal untuk memperoleh gol kemenangan.
Keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan namun harus diakui yang kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat menarik.
No joy for Uruguay's strikers against 'The Monster' Kim Min-jae ⛔️
You won't like Kim when he's angry 🧟♂️#BBCWorldCup #WorldCup pic.twitter.com/pBuEn8rQIn
— Match of the Day (@BBCMOTD) November 24, 2022
Walau tiada jaringan yang berjaya dihasilkan, namun sepertinya para penyokong tentu saja tidak akan begitu kecewa kerana mereka telah disajikan dengan aksi persembahan yang sangat menarik dari kedua-dua pasukan.
Korea Selatan selepas ini bakal turun beraksi bertemu Ghana, sementara Uruguay pula akan turun bertemu Portugal.