Qatar 2022: Costa Rica Tagih Kekebalan Keylor Navas

Qatar 2022
  • Pasukan: Costa Rica
  • Benua: Amerika Utara
  • Kali terakhir layak: 2018
  • Pencapaian terbaik: Suku akhir (2014)

Nikmat yang dimiliki oleh Costa Rica pada saingan Brazil 2014 cukup hebat untuk dibayangkan dan mereka cuba mahu melakukannya semula pada Qatar 2022.

Dianggap sebagai kempen terbaik mereka di Piala Dunia. Siapa boleh menduga Costa Rica boleh menjadi juara dalam kumpulan yang dianggotai England, Itali dan Uruguay?

Kali ini diletakkan dalam kumpulan yang lebih kurang sama sukarnya apabila diundi bersama-sama Jerman, Sepanyol dan Jepun, bagaimana Costa Rica akan lakukannya kali ini?

Qatar 2022: Tunisia Mahu Pecahkan Rekod 5 Kali Tak Lepas Peringkat Kumpulan

Terhimpit dalam kalangan gergasi

Selama ini, Costa Rica dianggap sebagai gergasi bola sepak Amerika Utara dan kelayakan ke Piala Dunia adalah “hampir pasti” buat mereka disamping Mexico dan Amerika Syarikat.

Namun begitu, dengan kebangkitan Kanada telah menghimpit mereka dan hampir tergelincir dari slot ke Qatar 2022.

Costa Rica mencatatkan tujuh kemenangan, empat seri dan tiga kekalahan untuk mengutip 25 mata daripada 14 perlawanan – jumlah ini sama dengan Amerika Syarikat yang berada ditangga ketiga.

Namun begitu, mereka dipisahkan dengan perbezaan jaringan dengan Amerika Syarikat mempunyai perbezaan enam gol lebih baik daripada mereka.

Ini memaksa mereka untuk mengharungi pusingan play-off antara benua menentang New Zealand.

Costa Rica memastikan tiada satu pun wakil Oceania ke Piala Dunia apabila menewaskan New Zealand dengan jaringan 1-0.

Tembok Keylor Navas

Melihat kepada skuad Costa Rica kali ini, setiap masalah yang akan dihadapi oleh Jerman, Jepun dan Sepanyol adalah satu – Keylor Navas.

Navas diakui sebagai antara penjaga gol terbaik di dunia dengan setiap kali bersama skuad kebangsaan, beliau pasti akan menghasilkan persembahan cemerlang dan tidak mengecewakan Costa Rica.

Dan sekali lagi apabila berdepan pasukan ternama dunia, beliau pastinya akan diharapkan untuk melindungi pasukan.

Costa Rica juga akan terus meletakkan sandaran mereka kepada pemain-pemain seperti Bryan Ruiz, Joel Campbell serta Oscar Duarte untuk memastikan cabaran negara Amerika Utara ini tidak mudah dipatahkan oleh lawan-lawan yang dihadapi.

Kumpulan yang dihuni mereka adalah sukar, tetapi Costa Rica dikenali sebagai pasukan yang akan sentiasa menyusahkan lawan mereka. Oleh itu, mereka pastinya tidak akan tunduk mudah dalam saingan Qatar 2022.

Bolehkah Costa Rica menyerlah seperti mana ketika saingan Brazil 2014? Kita nantikan saja.

Semoga berjaya, Costa Rica.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN