- Pasukan: Belanda
- Benua: Eropah
- Kali terakhir layak: 2014
- Pencapaian terbaik: 2010 (Naib juara)
Belanda akhirnya berjaya melayakkan diri ke pentas saingan Piala Dunia 2022 di Qatar, setelah mereka diamuk rasa kecewa kerana terkandas di peringkat kelayakan pada tahun 2018.
🦁 𝐏𝐫𝐨𝐯𝐢𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐪𝐮𝐚𝐝: This is the longlist of 39 players where our final World Cup 2022 squad will be selected from! 📋#NothingLikeOranje | @FIFAWorldCup pic.twitter.com/5aGJMDcyVK
— OnsOranje (@OnsOranje) October 21, 2022
Kembalinya mereka di saingan tersebut, menyaksikan Belanda kini sebagai antara pasukan pilihan berdasarkan prestasi semasa serta kedudukan di peringkat kumpulan.
Perjalanan menuju ke Piala Dunia
Tampil cemerlang pada aksi kelayakan peringkat Kumpulan G, Belanda dilihat telah memperbaiki beberap aspek diperlukan mereka iaitu di bahagian serangan dan pertahanan.
Memphis Depay menjadi penjaring terbanyak buat Belanda sebelum itu di peringkat kelayakan, apabila pemain ini telah pun meledak 12 gol secara keseluruhan.
Mereka juga tampil bolos paling sedikit pada saingan kelayakan tersebut, apabila hanya dibolosi lapan gol sahaja secara keseluruhan daripada 10 perlawanan dihadapi.
📣 This Friday ➤ SQUAD ANNOUNCEMENT!
🔮 𝐘𝐨𝐮𝐫 expectations? ↯#NothingLikeOranje pic.twitter.com/wD6wk2EKwR
— OnsOranje (@OnsOranje) November 8, 2022
Keputusan mereka ketika itu menyaksikan Belanda mencatat tujuh kemenangan, dua kali seri, serta satu kekalahan untuk unggul selaku juara kumpulan.
Jelas pasukan kendalin Louis Van Gaal itu tidak menghadapi terlalu banyak kesukaran untuk melayakkan diri secara merit ke Piala Dunia kali ini.
Memphis Depay jadi sandaran utama
Pemain ini boleh dianggap tumpuan utama buat Belanda kini menerusi konsistensi yang ditampilkan Depay pada aksi kelayakan lalu untuk membantu pasukan tersebut ke Piala Dunia.
Menerusi 12 gol serta 6 bantuan jaringan dihasilkan oleh Depay menjadikan beliau kini sebagai pemain paling penting buat Belanda di posisi serangan.
🤯 Ladies and gentlemen, 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗛𝗜𝗦 in 2021 ↯
👤 𝟭𝟲 games
⚽️ 𝟭𝟳 goals
🅰️ 𝟴 assists👏 @Memphis pic.twitter.com/JIQ9cJPLML
— OnsOranje (@OnsOranje) December 28, 2021
Tambahan pula rakan serangan beliau iaitu Wout Weghorst dilihat agak bergelut dari segi prestasi kini serta Cody Gakpo yang masih kurang berpengalaman luas, pastinya Depay menjadi sandaran utama untuk Piala Dunia ini.
Adakah Cody Gakpo mampu menyerlah di pentas tertinggi antarabangsa?
Pemain yang dikaitkan bersama Manchester United ini memulakan musim terbaik beliau bersama PSV Eindhoven setelah meledak lapan gol setakat ini untuk kelab tersebut.
Tampil dengan aksi yang lincah dan tajam di hadapan gol, Cody perlu membuktikan beliau antara penyerang muda bernilai yang perlu diberi perhatian pada saingan di Qatar ini.
🌟 Cody Gakpo for club & country this season:
👕 19 games
⚽️ 14 goals
🅰️ 12 assists#NothingLikeOranje pic.twitter.com/Xx1j37JZR6— OnsOranje (@OnsOranje) October 14, 2022
Jika beliau tampil konsisten bersama Belanda, tidak mustahil lebih banyak kelab lain turut berminat untuk mendapatkan beliau dan menjadikan Cody sebagai nama besar baharu di Eropah.
Sejauh mana Belanda mampu pergi?
Jika dilihat pada prestasi semasa mereka, Belanda mungkin berada di landasan yang tepat untuk cuba mencabar kejuaraan Piala Dunia, setelah tiga kali sebelum itu tewas di pusingan akhir.
Menerusi kebijaksanaan Van Gaal untuk mengendalikan pasukan ini menerusi gabungan pemain muda berbakat serta pengalaman tonggak senior, ianya dilihat tidak mustahil.
🗣 LvG's take on our provisional squad for the @FIFAWorldCup.
📝 More: https://t.co/F5tZpfmIu9 (🇳🇱)#NothingLikeOranje pic.twitter.com/kd1n24ZpSy
— OnsOranje (@OnsOranje) October 21, 2022
Di peringkat kumpulan, cabaran paling besar buat Belanda hanya Senegal selain tuan rumah Qatar dan Ecuador tidak mempunyai nama-nama besar untuk diatasi mereka.