FK Qarabag, Daripada Kelab Hampir Muflis Kepada Wakil Sulung Azerbaijan Di UCL

Mereka muncul sebagai kelab pertama Azerbaijan yang bukan dari ibu kota, Baku sebagai juara Liga Perdana Azerbaijan. Qarabag yang berpangkalan di Agdam pertama kali melakukannya pada 1993.

Pada ketika itu, bandar Agdam dihuni hampir 40 ribu penduduk. Tetapi, perang Nagoeno-Karabakh meletus menyaksikan ramai berhijrah dari keluar Agdam.

Malah, Imarat Stadium turut musnah dalam peperangan antara Azerbaijan menentang Armenia itu. Tentera Armenia dipercayai telah memusnahkan fasiliti sukan itu.

Qarabag akhirnya berhijrah ke ibu kota, Baku. Agdam pula menjadi bandar mati yang tidak berpenghuni.

Saksi kemusnahan

Bandar Agdam yang musnah dalam perang.

Musviq Kuseynov, bekas pemain Qarabag menceritakan hari-hari terakhirnya di Agdam. Pada suatu petang, beliau bersama rakannya berada di laman sebuah rumah.

Peluru berpandu melintasi ruang udara bandar Agdam dan beliau menyaksikan. Akhirnya letupan berlaku. Setelah itu, beliau bersama-sama rakan sepasukan berhijrah meninggalkan Agdam.

Meskipun Agdam jatuh ke tangan tentera Armenia pada 23 Julai 1993, Qarabag menewaskan Khazar untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Azerbaijan yang sulung.

Musviq menjadi sebutan di Qarabag kerana menjadi pemain terbanyak menjaringkan gol untuk kelab itu. Kini beliau menjadi pembantu jurulatih kelab itu.

Bankrap

Kelab ini nyaris ditutup operasi pada 2001. Namun, sebuah syarikat berkaitan kerajaan, Intersun telah memberikan talian hayat kepada kelab itu.

Mantan Presiden Azerbaijan, Heydar Aliyev menjadi orang bertanggungjawab membantu kelab. Beliau menjadi orang yang meluluskan pengambilalihan kelab itu. Setelah itu, Qarabag tidak menoleh ke belakang lagi.

Mengukir nama di pentas dunia

Pemain Qarabag ketika perlawanan play-off UEFA Champions League yang lalu.

31 ribu penonton menjadi saksi kebangkitan kelab Azerbaijan itu. Qarabag menewaskan juara Denmark, Copenhagen. Qarabag mara melalui kelebihan gol di tempat lawan.

Chelsea menjadi kelab pertama akan dihadapi mereka dalam saingan kumpulan UEFA Champions League.

Kisah sebegini boleh menjadi inspirasi kepada kelab-kelab yang bergelut dari sudut fizikal dan mental. Hanya usaha dan kerja keras sahaja yang mampu mengatasi ujian yang mendatang.

Sumber:

  1. The Independent (2017): FK Qarabag preview: How Born From War to Champions League Debut; http://www.independent.co.uk/sport/football/european/fk-qarabag-champions-league-preview-how-born-from-war-to-champions-league-debut-a7941291.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN