Putrajaya Markas Baharu FAM, Bakal Miliki Stadium Moden & Pusat Latihan Bertaraf Dunia

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, hari ini mengetuai delegasi FAM meninjau tapak pusat latihan kebangsaan dan ibu pejabat baharu badan induk itu yang dicadangkan menjadi sebahagian daripada bandar bola sepak di Presint 5, Putrajaya.

Delegasi yang turut dianggotai ahli jawatankuasa eksekutif FAM memulakan tinjauan dengan lawatan ke tapak seluas 13 ekar yang bakal dijadikan Pusat Latihan Kebangsaan FAM selepas diwartakan sebagai padang untuk bola sepak oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Perbadanan Putrajaya.

Tujuan utama FAM untuk membina pusat latihan berkenaan adalah menyediakan kemudahan latihan bertaraf dunia menepati tuntutan moden bertujuan memberi suasana prestasi tinggi demi kegunaan pasukan elit tanpa mengetepikan komuniti Putrajaya.

Sejajar hasrat Perbadanan Putrajaya yang mahukan pusat latihan itu dibuka kepada kegunaan masyarakat setempat, FAM bercadang menggunakan kaedah guna sama selain menimbang kemungkinan membina taman rekreasi untuk kegunaan penduduk setempat di Putrajaya.

Langkah ini, menurut Datuk Haji Hamidin, sejajar dengan kedudukan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Negara dan juga menepati hasrat Kerajaan menjadikan Presint 5 sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Football City atau Bandar Bola Sepak.

Ia bakal menempatkan ibu pejabat baharu FAM sambil diapit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) serta sebuah stadium bola sepak moden.

Dalam lawatan itu, Naib Presiden Perancangan Bandar Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud, memberi taklimat dan penerangan terperinci mengenai pembangunan bandar bola sepak di Presint 5.

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi bersama barisan exco FAM dan Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam.

“Berdasarkan tinjauan ini, FAM berpuas hati dengan susun atur serta pelan cadangan yang dikemukakan oleh pihak Perbadanan Putrajaya menerusi Datuk Fadlun.

“FAM juga mengambil kira tuntutan masyarakat setempat selain pentingnya sebuah stadium bertaraf antarabangsa yang boleh dijadikan gelanggang perlawanan antarabangsa,” kata Datuk Haji Hamidin.

Lawatan rasmi FAM kemudian diakhiri dengan tinjauan ke ibu pejabat AFF yang baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN