Putera Mohammad bin Salman Jawab Laporan Pengambilalihan Manchester United

Nama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammad bin Salman melonjak tiba-tiba di dalam seksyen sukan. Ini berlaku tatkala nama beliau dikaitkan dengan pengambilalihan Manchester United.

Muncul tiba-tiba

Pada hujung minggu, timbul laporan mengenai pembelian oleh anakanda Raja Saudi tersebut. Kemudiannya, keluarga Glazers yang memiliki Manchester United dikatakan tidak mahu menjual kelab tersebut.

Menteri Media Arab Saudi, Turki Al Shabanah memaklumkan penafian berita pengambilalihan ini di akaun rasmi Twitternya. Sebenarnya, ada delegasi Manchester United bertemu satu agensi berkaitan kerajaan Arab Saudi untuk membincangkan perkara penajaan.

Kelab termasyhur dunia itu juga memiliki saham yang diapungkan di Bursa Saham New York. Nilai saham itu diberitakan kira-kira 4 juta Dolar Amerika.

Kuasa wang

Putera Mohammad bin Salman dipercayai antara individu terkaya di dunia.

Pemilikan taikun dari negara-negara Arab tidaklah asing dalam kancah bola sepak Eropah. Sebelum ini, kami pernah menyenaraikan beberapa kelab bola sepak Inggeris menjadi milik jutawan dari rantau ini.

Pemilikian Kelab Oleh Jutawan Timur Tengah Di Bola Sepak Inggeris

Tetapi, Putera Mahkota Saudi yang kini berada di Pakistan kerana lawatan rasmi sebelum ini telah menerima kritikan masyarakat dunia di atas pelbagai isu. Kritikan paling kuat diterima apabila beliau dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal pembunuhan Jamal Khasshogi di Turki.

Malah, beliau juga telah membatalkan lawatan rasmi ke negara ini pada beberapa hari lalu.

Persoalan

Apakah yang mengundang ramai jutawan Arab (tidak kiralah berada dalam lingkungan pentadbiran negara atau bukan) berminat untuk membeli kelab bola sepak?

Sama ada sekadar bisnes atau ada niat lain?

Pada hemat penulis, wajarlah mereka utamakan juga pelaburan berkaitan sukan di negara asal. Takkan selamanya mereka bergantung kepada pasaran serta pengaruh dunia sukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN