Hasrat Putera Mahkota Arab Saudi, Sheikh Mohammed Bin Salman untuk memiliki kelab popular Liga Perdana Inggeris, Manchester United tidak menjadi kenyataan setelah keluarga Glazer enggan menjual kelab tersebut.
Avi dan Joel Glazer selaku pemilik kelab tersebut menolak secara tegas sebarang usaha orang luar untuk mengambil alih United kerana mahu mengambil pendekatan lebih lanjut di Old Trafford, lapor Talksports
https://twitter.com/RedDevilBible/status/1123165098615365632
Putera tersebut sebelum ini mengemukakan tawaran lumayan sebanyak 3.8 billion pound (RM20.34 billion) untuk membeli kelab itu dan telah bertemu dengan ejen bola sepak terkenal, Pini Zahavi bagi membantu beliau memudahkan proses pembelian kelab itu.
https://twitter.com/footynew247/status/1122880840369868800
Putera Mohammad bin Salman dipercayai antara individu terkaya di dunia. Pemilikan taikun dari negara-negara Arab tidaklah asing dalam kancah bola sepak Eropah. Berapa kelab bola sepak Inggeris menjadi milik jutawan dari rantau ini.
Penyokong Manchester United juga mahu pasukan mereka menjadi setanding dengan Manchester City yang kini menguasai pentas Liga Perdana Inggeris sejak diambil alih oleh jutawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mansour Zayed al-Nahyan pada tahun 2008.
Glazer must give someone a break #ManchesterUnited pic.twitter.com/96KvceFdfr
— mungu (@GeraldMungu) April 28, 2019
Malah, united ketika ini berdepan masalah untuk mengekalkan pemain utama mereka apabila dua bintang Manchester United, Paul Pogba dan David De Gea antara 7 pemain yang bakal meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini jika pasukan itu gagal melayakkan diri ke pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.
Walaubagaimanapun, sumber dalaman Manchester United mendedahkan kelab itu, tidak akan melepaskan Pogba dan Dea Gea yang dianggap sebagai tonggak penting pasukan tersebut.
United perlu bertindak secepat mungkin untuk meyakinkan De Gea untuk terus bersama pasukan itu kerana kontraknya akan berakhir pada tahun 2020.