Pundit BBC Ini Berkata, “Tiada Siapa Akan Bayar Angka Bodoh £50 Juta Untuk Sigurdsson”

Pundit BBC, Pat Nevin merasakan Swansea City sedang buat kelakar apabila meletakkan harga ‘bodoh’ (stupid money) untuk Gylfi Sigurdsson.

Sebelum ini Swansea City menyatakan mereka telah meletakkan tag harga £50 juta untuk Gylfi Sigurdsson kepada mana-mana kelab yang mahukan pemain tersebut.

2 kelab yang dikaitkan dengan Sigurdsson buat masa ini adalah Leicester City dan Everton. Swansea juga menyatakan yang mereka menolak bidaan rasmi £40 juta dari Leicester City untuk perancang tengah mereka itu.

Pat Nevin yang juga merupakan bekas pemain Everton mempertikaikan tag harga itu dan berkata:

“Saya rasa, dia pemain yang hebat… £40-50 juta? Rasanya ia satu angka yang bodoh. Kecualilah beliau membantu anda layak ke UCL, ia mungkin angka yang munasabah.”

“Hanya beberapa orang sahaja di antara kita merasakan pemain ini terlebih istimewa.”

“Sigurdsson boleh bermain di mana sahaja dan beliau sangat bagus untuk bermain dalam mana-mana pasukan. Dia seorang pemain yang hebat.”

“Saya rasa dia menggalas tugas seorang diri musim lalu untuk membantu kelab beliau kekal di EPL.”

Pengurus Swansea Paul Clement pula tidak mahu memikirkan soal perpindahan keluar Sigurdsson. Beliau mahu pemain itu kekal di Swansea. Clement berkata:

“Beliau dalam perancangan saya, tetapi jelas sekali ada minat yang kuat dari kelab lain ke atas beliau. Kami akan cuba berhadapan dengan apa jua kemungkinan.”

“Beliau masih ada baki 3 tahun dalam kontrak. Jika ada urusan jual beli yang kami harus buat untuk beliau, ianya perlu mengikut tuntutan yang kami telah letakkan.”

“Kelab ini telah memberikan penghargaan kepada beliau dengan kontrak baru pada musim lalu. Beliau buat masa ini gembira untuk kekal di sini. Jadi, buat masa ini, beliau masih pemain Swansea.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN