Punca Mengapa Paul Pogba Tidak Akan Menandatangani Kontrak Baru

Punca mengapa Paul Pogba tidak akan menandatangani kontrak baru bersama Manchester United menurut Paul Ince adalah kerana beliau sering dikeluarkan pada aksi babak kedua dalam perlawanan penting.

Bekas bintang Red Devils, Paul Ince percaya yang pemain midfield Perancis, Paul Pogba tidak akan menandatangani kontrak baru, seandainya beliau sering dikeluarkan oleh Solskjaer ketika beraksi dalam perlawanan penting.

Pemain berusia 28 tahun itu telah dikeluarkan pada minit ke-75 permainan, dalam aksi pertemuan Manchester United bertemu Villarreal baru-baru ini.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu sedang memburu gol untuk menewaskan Villarreal dalam aksi peringkat kumpulan saingan Champions League di Old Trafford.

Manchester United pada hujung-hujung aksi babak kedua permainan dilihat bermati-matian mahu memburu gol kemenangan dalam usaha mereka untuk mengutip tiga mata penuh.

Keputusan pengurus dari Norway itu mengeluarkan Paul Pogba telah membangkitkan kemarahan para penyokong dan segelintir pundit.

Paul Ince antara pundit yang tidak gembira dengan keputusan Solskjaer itu dengan beliau telah mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan pengurus United itu.

Bekas bintang United itu percaya Paul Pogba tidak akan menandatangani kontrak baru jika beliau terus dikeluarkan ketika beraksi dalam perlawanan penting.

Paul Ince mendedahkan kepada The United Stand bahawa:

“Jika dia mula melakukan itu, Pogba tidak akan kekal di sini. Tidak mungkin Pogba akan kekal. Kita semua teruja dan gembira apabila dengar Pogba sedang berunding dengan kelab berkait kontrak baru dia.”

“Tapi bila kamu mula ketepikan pemain seperti Pogba, tak mungkin dia akan setuju untuk tandatangani apa-apa kontrak, saya berani jamin itu. Ia sebenarnya merupakan satu hal yang memalukan untuk Paul Pogba.”

Manchester United mencatatkan kemenangan 2-1 menewaskan Villarreal selepas Cristiano Ronaldo meledak gol kemenangan di minit-minit akhir permainan.

Ia merupakan permulaan yang baik untuk United mendapatkan rentak kemenangan mereka, selepas mencatatkan tiga kekalahan dari empat perlawanan terakhir dalam semua pertandingan sebelum ini.

Terbaru, Red Devils mencatatkan kekalahan 1-0 bertemu Aston Villa di Old Trafford dalam aksi saingan Premier League, sebelum merekodkan kemenangan bertemu Villarreal dalam saingan Champions League.

Walau Paul Ince yakin dan percaya yang Pogba tidak akan menandatangani kontrak baru, namun United sebenarnya pada ketika ini sedang berusaha untuk mendapatkan tandatangan bintang Perancis itu.

Manchester United sebelum ini bersedia untuk mendengar tawaran dari mana-mana pasukan untuk menjual Paul Pogba pada musim panas baru-baru ini.

Paris Saint Germain dan Juventus dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain midfield itu, namun tiada tawaran rasmi yang dihantar.

Kontrak Paul Pogba bersama Manchester United masih berbaki setahun sahaja lagi, namun sehingga kini beliau masih belum menandatangani kontrak baru.

Ole Gunnar Solskjaer juga turut percaya yang pemain berusia 28 tahun itu akan terus kekal di Old Trafford dengan beliau sememangnya terdesak untuk memastikan agar Pogba tidak akan meninggalkan kelab.

Bekas bintang Juventus, Paul Pogba berjaya mencatatkan tujuh assists dari hanya lapan perlawanan dalam semua pertandingan musim ini untuk Manchester United.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu tidak dinafikan sedang berada dalam rentak persembahan terbaiknya pada ketika ini.

 

Kerana itu jugalah United sangat terdesak untuk memastikan mereka mampu memujuk Pogba agar menandatangani kontrak baru, dan terus memberikan impak positif untuk kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN