Punca Kematian Davide Astori Dikenal Pasti, Alami Serangan Jantung Ketika Tidur

Kata peribahasa, harimau mati meninggalkan belang manakala manusia mati meninggalkan nama.

Begitulah situasi yang berlaku di Itali ketika ini selepas pemergian mengejut kapten Fiorentina – Davide Astori.

Pemergian Astori itu nyata memberi impak besar selepas kesemua aksi Serie A minggu ini ditangguhkan termasukan pertemuan tumpuan antara AC Milan dan juga Internazionale.

Seperti yang dimaklumkan, Fiorentina telah mengumumkan untuk menamatkan penggunaan jersi nombor 13 yang disarung Astori.

Selain Fiorentina, bekas kelab yang pernah diwakili oleh Astori iaitu Cagliari turut mengambil keputusan sama untuk menamatkan penggunaan jersi bernombor 13 sempena pemergian pemain tersebut.

“Bersempena mengenang pemergian Davide Astori, Fiorentina dan juga Cagliari telah membuat keputusan untuk menamatkan penggunaan nombor jersi 13 di kedua-dua kelab.”

Untuk rekod, Astori menghabiskan masa selama 8 tahun di Cagliari sebelum berhijrah ke Fiorentina.

Punca kematian Astori didedahkan

Setelah bedah siasat telah pun dilakukan, punca kematian Astori didapati yang pemain tersebut mengalami serangan jantung ketika tidur.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak perubatan, kadar denyutan jantung yang dialami oleh Astori ketika tidur mengalami penurunan yang ketara.

“Denyutan jantung Astori mengalami penurunan secara progresif sebelum terhenti secara sepenuhnya.”

Spekulasi mula timbul pada fasa pasca kematian pemain pertahanan itu apabila terdapat khabar angin yang mengatakan Fiorentina telah memperbaharui kontrak pemain itu walaupun sudah meninggal dunia.

Tujuan pembaharuan kontrak itu dilakukan adalah untuk membolehkan wang menerusi kontrak itu boleh disalurkan kepada keluarga Astori.

Namun laman berpengaruh Football Italia telah menafikan dakwaan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN