Quantcast

ADVERTORIAL

Menangi RM 5 Ribu Baucar Tunai Dalam Kejohanan Futsal 3v3 Anjuran PUMA!

Di manakah semua penggila sukan futsal? Ada berita menarik untuk anda!

PUMA kini menawarkan hadiah menarik sebanyak RM 5 ribu baucer barangan jenama tersebut untuk dimenangi oleh anda.

Ia merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan oleh mereka dalam sebuah acara besar-besaran buat pencinta sukan yang diberi nama House of Hustle.

Dalam acara yang akan diadakan selama 2 hari itu pada 28 & 29 September 2019, PUMA akan mengadakan pertandingan futsal 3 lawan 3 serta pertarungan bola keranjang menggunakan format yang sama.

Pasukan yang bertanding dalam kedua-dua pertandingan ini akan diletakkan dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan sebelum 2 pasukan teratas akan ke peringkat kalah mati.

Hadiah sebanyak RM 19 ribu disediakan buat para pemenang dengan johan setiap acara sukan akan membawa pulang RM 5 ribu baucar tunai barangan PUMA.

Manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima baucar tunai sebanyak RM 3 ribu dan RM 1,500 yang boleh digunakan di semua kedai barangan PUMA seluruh negara.

 

Selain daripada itu, dalam acara tersebut turut disertakan peluang untuk para peserta mencabar diri dalam pelbagai acara yang berasaskan kecergasan badan.

3 kelas kecergasan badan disediakan untuk menguji tahap kemampuan anda:

  • Animal Flow oleh Babel Fit (menguji peserta untuk mencabar ketahanan otot dan kekuatan dalam pelbagai tahap)
  • Rhythmic Boxing oleh TRIBE Boxing (menggabungkan tinju,¬†body conditioning¬†dan juga latihan kardiovaskular dalam satu senaman)
  • High Intensity Interval Training (HITT) oleh Ministry of Burn (menguatkan keazaman peserta menerusi pelbagai rutin membina dan menguatkan otot)

Dalam masa yang sama, PUMA turut menyediakan pelbagai acara santai seperti simulasi golf, beg penumbuk dan pelbagai lagi. Ia juga akan dimeriahkan dengan jualan makanan serta pemeriksaan kesihatan akan diadakan.

Acara ini akan diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur bermula pada jam 9 pagi hingga 9 malam. Yuran sebanyak RM200 akan dikenakan untuk 4 pemain setiap pasukan (3 pemain utama, 1 simpanan) namun promosi RM140 bagi mendaftar pada tempoh awal.

Anda boleh melakukan pendaftaran di sini. Para peserta yang mendaftar akan menerima cenderamata dari pihak PUMA. Semoga berjaya!