Penghadang penyokong di stadium Jaber al Ahmad telah runtuh dalam perlawanan akhir Piala Teluk 2018. Difahamkan 40 orang penyokong cedera dalam kejadian tersebut.
Penyokong itu cedera kerana merempuh penghadang tersebut. Mereka kemudiannya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Negara tuan rumah, Kuwait telah mengarahkan badan berkuasa untuk menyiasat kejadian itu. Difahamkan laporan awal mengatakan hanya 11 orang sahaja yang cedera itu.
Penyokong Oman
سمو رئيس مجلس الوزارء الشيخ الشيخ جابر المبارك الحمد الصباح يزور مصابي الجمهور العماني اثر حادث التدافع الذي حصل يوم امس في نهائي خليجي23#خليجي_للأبد pic.twitter.com/fOVaaDGjDU
— KuwaitFA (@KuwaitFA) January 6, 2018
Laporan mengatakan penyokong Oman yang cedera dalam kejadian tersebut. Penyokong Oman bersorak meraikan kejayaan mereka menjulang Piala Teluk 2018.
Al Jazeera melaporkan Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Jaber al Mubarak al Sabah telah menziarahi penyokong yang cedera.
Oman julang kejuaraan kedua
Oman dipertemukan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan akhir. Perlawanan akhir itu hampir berpihak kepada UAE.
Namun begitu, pemain popular UAE, Omar Abdul Rahman gagal menjaringkan penalti pada minit ke-91. Sepakannya itu diselamatkan oleh penjaga gol Oman, Fayez al-Rashidi.
Sebelum itu, mereka terikat tanpa jaringan. Kemudian kedudukan skor itu juga kekal sama walaupun perlawanan diheret ke masa tambahan.
Sepakan penalti terpaksa dilakukan bagi menentukan pemenang. Kali kedua Omar Abdul Rahman gagal memanfaatkan peluang menjaringkan penalti.
Akhirnya, Mohsin al Khaldi menyumbat penalti terakhir sekaligus menewaskan UAE 5-4. Oman menjuarai Piala Teluk buat kali kedua.
Kali terakhir mereka memenanginya pada 2009.
Apakah Piala Teluk?
Kejohanan dwi-tahunan ini bermula sejak tahun 1970. Edisi 2018 ini merupakan kejohanan kali ke-23.
Kejohanan ini disertai oleh 8 negara Arab. Negara yang menyertainya ialah Kuwait, Arab Saudi, Qatar, Iraq. Selain itu, UAE, Oman, Bahrain dan Yaman juga menyertai kejohanan ini.
Format kejohanan ini seringkali berubah-ubah. Format terkini menyaksikan 8 negara ini diasingkan kepada 2 kumpulan. Juara dan naib juara setiap kumpulan mara ke perlawanan separuh akhir.
Pemenang separuh akhir akan beraksi dalam perlawanan akhir. Namun begitu, tiada perlawanan penentuan tempat ketiga.
Kuwait merupakan johan terbanyak dengan 10 kali. Diikuti Arab Saudi 3 kali. Yaman sahaja satu-satunya negara tidak pernah menjuarai kejohanan ini.