FAP Diam Diri, Reinaldo Lobo Terpaksa Bawa Isu Gajinya Ke FIFA

Bekas pemain import Pulau Pinang, Reinaldo Lobo mengesahkan yang dia sedang menunggu tindakan lanjut daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ini berkaitan dengan isu tunggakan gajinya ketika beraksi bersama Pulau Pinang yang tidak dilunaskan oleh Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) sehingga kini.

“FAP masih berhutang enam bulan gaji kepada saya. Ia bukan satu jumlah yang kecil, sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan saya kerana bola sepak adalah sumber pendapatan untuk menyara keluarga.

“Saya sudah cuba menyelesaikan isu itu dengan berunding tapi tiada apa-apa tindakan dilakukan oleh FAP. Mereka hanya mendiamkan diri,” ujar Lobo kepada Berita Harian.

PENANG 02 FEBRUARY 2016. Pemain pertahanan Pulau Pinang, Reinaldo Lobo ketika sesi latihan di Padang Universiti Sains Malaysia, semalam. NSTP/ROSLI AHMAD

Setelah sekian lama menunggu dan bersabar, akhirnya dia terpaksa memanjangkan perkara ini kepada FIFA dan juga FAM, walaupun jauh di sudut hatinya, dia masih sayangkan Pulau Pinang.

Lobo pernah menyatakan kepada Berita Harian, jika diberikan pilihan kepadanya, dia mahu terus kekal beraksi bersama Harimau Kumbang untuk musim depan.

“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu memanjangkan isu ini hingga ke FIFA. Tapi, selepas bertolak ansur serta menunggu, saya rasa tindakan ini adalah jalan terakhir untuk menuntut hak saya.

“Saya juga turut membuat tuntutan melalui FAM. Kini, saya masih menunggu tindakan daripada kedua-dua badan induk itu,” jelasnya lagi.

FAP tidak menamatkan kontraknya pada pertengahan musim lalu selepas mengalami kecederaan serius yang memaksa dia diketepikan oleh barisan kejurulatihan.

Reinaldo Lobo. Foto: Dunia Sukan.

Lobo antara tunjang kekuatan Pulau Pinang sepanjang tiga musim dan telah membantu Pulau Pinang untuk layak ke Liga Super, serta kekal bersaing di Liga Super pada musim berikutnya.

“Selama tiga musim memberi komitmen 100 peratus kepada pasukan, saya sedih apabila dilayan sebegini terutama selepas mengalami kecederaan,” ujar pemain pertahanan tengah itu.

“Saya masih sayangkan Pulau Pinang, jika boleh mahu terus bersama mereka walaupun kini kembali bermain di Liga Perdana. Tapi dengan apa yang terjadi, saya perlu mencari haluan baru,” katanya lagi.

Lobo kini dikhabarkan akan menyertai kelab yang beraksi di Liga 1, Indonesia, PSMS Medan dan menurut laporan BolaSport, Lobo dijangka tiba di sana semalam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN