Pulau Pinang menang tipis 0-1 ke atas Felda United. Ia adalah kemenangan pertama pasukan Harimau Kumbang untuk musim ini di Liga Super 2017.
Gol kemenangan Pulau Pinang dijaringkan oleh S.Kumaahran pada minit ke-79.
Kali terakhir pasukan Pulau Pinang menang dalam Liga Super adalah pada perlawanan terakhir musim lalu (2016) menewaskan pasukan Terengganu.
720 minit mereka beraksi dalam Liga Super musim ini tanpa kemenangan. Mereka hanya mengutip 2 mata daripada 8 perlawanan sebelum ini.
Namun semalam hanya dalam satu perlawanan, Zainal Abidin sudah berjaya membantu Pulau Pinang mengutip 3 mata.
Ini juga kali pertama pasukan Pulau Pinang mencatatkan keputusan tanpa bolos dalam perlawanan Liga Super musim ini.
Kemenangan ini penting untuk pasukan Pulau Pinang dari segenap aspek. Ini terutama sekali untuk mentaliti pemain supaya mereka ada keyakinan dalam perlawanan-perlawanan akan datang.
Pulau Pinang masih kekal di tangga tercorot Liga Super. Namun begitu mereka hanya dibezakan 3 mata daripada zon selamat untuk kekal di Liga Super untuk musim hadapan.
Untuk perlawanan seterusnya pasukan, Pulau Pinang adalah menentang pasukan Kelantan di tempat sendiri.
Ia adalah perlawanan yang sukar namun diharap mereka dapat meneruskan rentak kemenangan mereka.
Manakala untuk pasukan Felda United, B. Sathianathan masih gagal membantu pasukan ini untuk mendapatkan aksi terbaik mereka seperti musim lalu.
Felda United berhadapan dengan masalah konsistensi musim ini. Mereka masih gagal mencatatkan 2 atau lebih kemenangan berturut-turut musim ini dalam Liga Super dan semua pertandingan.
Masalah konsistensi dalam Liga Super ini wujud selepas Julai 2016. Ia antara sebab mereka gagal menjuarai Liga Super pada musim lalu.
Sebelum ini, Felda United cemerlang menumpaskan Ceres di Piala AFC. Perlawanan setrusnya untuk pasukan Felda United adalah untuk menentang pasukan Melaka di Stadium Hang Jebat.
Baca juga: Melaka United Dijangka Tamatkan Khidmat Kesemua 4 Pemain Import Mereka