Pulau Pinang Mendapat Mata Pertama Selepas 7 Kali Mencuba, 7 Statistik Yang Harus Anda Tahu

Pulau Pinang berjaya mendapatkan mata pertama mereka dalam kempen Liga Super setelah berjaya mengikat Melaka di tempat sendiri.

Pulau Pinang ketinggalan seawal minit ke-5 di dalam perlawanan ini. Ianya selepas Ahmad Khuzaimi Piee menanduk hantaran lintang Amri Yahyah.

Melaka lebih dominan di dalam perlawanan ini namun bergelut untuk mencari gol kedua dan seterusnya membunuh perlawanan.

Pulau Pinang berjaya menyamakan kedudukan pada lewat perlawanan. Reinaldo Lobo berjaya mengikat pasukan Melaka di halaman sendiri.

Pulau Pinang vs Melaka,Pulau Pinang group photo,during Super League match at Stadium Batu Kawan Pulau Pinang on,1 March 2017,Photo by Irzan Ariffin / www.asiana.my,

Berikut adalah 7 statistik yang anda harus tahu selepas keputusan seri oleh Pulau Pinang.

1. 1 mata pertama

Ia adalah mata pertama mereka musim ini. Kali terakhir mereka mendapat mata dalam Liga Super adalah pada 24 September 2016.

Mereka menang ke atas pasukan Terengganu ketika itu. Selepas itu Pulau Pinang gagal mendapatkan sebarang mata dalam Liga Super dalam 7 perlawanan terakhir mereka termasuk 6 perlawanan pertama musim ini.

2. 1 gol

Pulau Pinang konsisten menjaringkan 1 gol dalam 4 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan dan 3 perlawanan terakhir Liga Super.

Kali terakhir mereka gagal menjaringkan 1 gol adalah ketika menentang Sarawak, 17 Februari yang lalu.

Kali terakhir Pulau Pinang menjaringkan lebih daripada 1 gol adalah pada 16 Ogos 2016, ketika tewas 2-3 di tangan Kelantan.

3. Clean sheet

Sejak 2016, Pulau Pinang telah bermain 29 perlawanan Liga Super setakat ini. Mereka hanya clean sheet sebanyak 2 kali di dalam tempoh tersebut.

4. 5 mata 

Pulau Pinang kurang 5 mata berbanding dengan 7 pelawanan pertama mereka pada musim lalu. Musim lalu mereka mencatatkan 1 kemenangan dan 3 seri dalam 7 perlawanan pertama mereka.

5. Zon selamat

Pulau Pinang kini hanya 6 mata daripada zon selamat. Ia bukanlah angka yang besar. Namun mereka harus terus mencari mata dan kemenangan selepas ini.

7. Lawan seterusnya

Pulau Pinang akan bertandang ke Shah Alam selepas ini menentang sebuah lagi pasukan yang sedang dalam krisis prestasi iaitu PKNS.

PKNS masih tidak menang dalam 3 perlawanan Liga Super terakhir mereka. PKNS hanya 6 mata di atas Pulau Pinang.

Baca juga: Hat Trik Ghaddar Bantu Kelantan Bangkit Dan Musnahkan Perak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN