Malam ini skuad kebangsaan bakal menguji Brunei dalam perlawanan persahabatan Tier 1 sebagai medan untuk Kim Pan-gon selaku pengendali Harimau Malaya melihat kemampuan para pemain beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Pengendali dari Korea Selatan itu juga dilihat tidak sabar untuk menguji ‘senjata baharu’ dalam aksi tersebut bagi mengetahui para pemain mampu mengikuti segala perancangannya atau tidak ketika berdepan lawan.
Hari Perlawanan | Jumaat, 27 Mei 2022
Perlawanan Antarabangsa Tier 1
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇧🇳 BRUNEI
🕘 9.00 malam ini
🏟 Stadium Nasional, Bukit Jalil
📺 Siaran langsung di @ASTROARENA dan @tv9malaysia▶️ Tiket masih boleh dibeli di https://t.co/yPVcBB3eyw#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/zqfXrFYCyf
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 27, 2022
Menurut Pan-gon, segala maklumat dan strategi telah pun diterangkan sebaiknya buat para pemain terutama sekali mengenai formasi baharu yang bakal digunakan malam ini sejak hari pertama kem latihan berlangsung.
“Saya berpuas hati kerana pemain menerima dengan baik senjata baharu itu.
“Jika pemain menunjukkan hasil positif esok, kita boleh bermain (senjata baharu) dari semasa ke semasa supaya pasukan mempunyai banyak pendekatan dan menyukarkan pasukan lawan untuk menganalisis permainan kita,” katanya pada sidang media menerusi Bernama semalam.
Dalam masa sama, bekas pengendali Hong Kong tersebut juga amat berbangga dengan para pemain yang dilihat tidak pernah mengeluh walaupun jelas keletihan di wajah mereka.
📸 Persiapan terakhir skuad Harimau Malaya di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi menjelang Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Brunei di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 9.00 malam esok.
Tiket di ▶️ https://t.co/yPVcBB3eyw #FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/hB6l78LZz6
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 26, 2022
Sebaliknya para pemain masih bersemangat untuk melihat hasil latihan mereka pada malam ini dan perkara tersebut amat menggembirakan hati Pan-gon.
Selain itu, harapan Pan-gon juga agar para pemain mampu beraksi dengan baik selain mempamerkan sifat kesungguhan dalam apa jua perlawanan sambil menyedari para penyokong juga pastinya menginginkan kemenangan di laman sendiri.
“Kita perlu mengubah dan membina perkara terbaik untuk peminat serta tahu apa yang mereka mahu… Saya tidak boleh memberikan kemenangan dalam setiap perlawanan tetapi kita akan menunjukkan kesungguhan, semangat, dinamik, agresif atau menguasai permainan dan sekurang-kurangnya buat mereka bangga dengan semangat ini, bersatu dan berjuang untuk bola sepak Malaysia,” katanya.
Menurut pengendali Brunei iaitu Rosanan Samak pula, setakat ini mereka sudah pun membuat persiapan rapi bagi menghadapi Malaysia setelah tidak ada sebarang perlawanan kompetitif sejak tahun lalu akibat wabak Covid-19.
Are you guys ready? The senior team will be going against Malaysia at Stadium Bukit Jalil tonight!
Be sure to follow up on any channels you can find (and share with us) so we can all can be together with the boys later 💪🏻 pic.twitter.com/9IFgw5kO0X
— Football Association of Brunei Darussalam (@bruneifootball) May 27, 2022
Walaupun begitu, aksi sengit akan ditampilkan oleh anak buah beliau pada malam ini untuk mengekang segala pergerakan Malaysia di segenap arah.