Quantcast

BERITA

PSV: Jika Ajax Berjaya Pengaruhi Bergwijn Sertai Mereka, Kami Tak Teragak-Agak Beli Lucas Moura

PSV Eindhoven dilaporkan sudah beberapa kali menolak bidaan daripada Ajax Amsterdam yang mahu mendapatkan pemain mereka Steven Bergwijn.

PSV berkeras tidak mahu melepaskan pemain itu ke Ajax. Ini kerana PSV mahu membentuk pasukan pencabar kejuaraan kepada Ajax musim hadapan.

Ajax Amsterdam berhadapan dengan potensi kehilangan ramai pemain berbakat mereka dalam jendela perpindahan akan datang termasuk Hakim Ziyech.

Sebelum ini Pengarah Sukan Ajax, Edwin Van Der Sar menyatakan agak mustahil untuk mereka menghalang pemain daripada pergi jika ada tawaran lumayan daripada kelab lain.

Salah seorang pemain yang dikenalpasti oleh Ajax boleh menjadi bakat baru dalam pasukan mereka adalah pemain sayap Steven Bergwijn.

PSV bengang kerana khuatir Ajax akan membuatkan pemain mereka itu hilang fokus kepada pasukan dan mendesak untuk berpindah.

Pengarah teknikal PSV, John De Jong kemudian mengancam untuk membunuh ‘jiwa’ dan ‘nyawa’ Ajax dengan mendapatkan Lucas Moura jika mereka berjaya mendapatkan Bergwijn. Mereka sanggup bergolok bergadai untuk mendapatkan Lucas Moura walaupun terpaksa membelanjakan keseluruhan budget mereka untuk seorang pemain.

Lucas Moura adalah penjaring gol saat akhir di Arena Johan Cruyff yang menyingkirkan Ajax daripada UCL.

Penyokong Ajax masih terluka apabila melihat nama Lucas Moura yang dianggap sebagai dewa maut kepada mereka musim ini.

John De Jong berkata: “Jika Ajax berkeras mahu melarikan Steven daripada kami, pihak kami akan pergi ke Tottenham dan menawarkan semua budget perpindahan kami untuk mendapatkan Lucas Moura – jika perlu.”

“Kamu anggap kenyataan ini sebagai isyarat, jika kamu menyakiti kami, kami akan menendang jiwa kamu sepenuhnya.”

Selain daripada Ajax, beberapa kelab EPL termasuk Man. United dan Liverpool dilaporkan berminat dengan Steven Bergwijn.