PSV Eindhoven Mahu Larangan Merokok Di Stadium Diperluas Ke Seluruh Belanda

Semua orang tahu yang tabiat merokok merupakan satu perkara yang tidak baik untuk kesihatan.

Malah dalam pasukan bola sepak terutamanya di Eropah, kelab akan mendenda para pemain jika didapati menghisap rokok.

Sebagai contoh, pemain Arsenal Jack Wilshere pernah didenda oleh pihak kelab kerana menghisap rokok di tempat awam satu ketika dahulu.

Di Belanda, kelab Eredivisie iaitu PSV Eindhoven sudah mengambil langkah yang cukup proaktif dengan memperkenalkan larangan menghisap rokok di stadium mereka.

Usaha yang dilakukan oleh pihak kelab itu nyata mempunyai visi yang cukup jelas. Hal ini boleh dilihat apabila mereka menetapkan sasaran untuk menjadikan stadium mereka iaitu Philips Stadion bebas asap rokok menjelang Jun 2019.

Gambar: Getty Images

Namun mereka tidak berhenti di situ, mereka mahukan lebih lagi!

Pihak PSV Eindhoven mahukan larangan menghisap rokok diwartakan ke semua stadium pasukan Eredivisie bagi memastikan usaha murni mereka tidak terhenti di Philips Stadion sahaja.

Usaha sebegini pastinya mendapat respon positif dari pihak kelab Eredivsie dengan selain Philips Stadion, stadium Ajax Amsterdam iaitu Amsterdam ArenA dan juga GlereDome milik Vitesse Arnhem turut menggunakan larangan merokok di stadium.

Inisiatif sebegini nyata merupakan salah satu inisiatif yang cukup baik untuk melahirkan masyarakat yang bebas merokok.

Malah, para pasukan Liga Malaysia juga boleh mewujudkan larangan sebegini untuk di stadium-stadium mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN