Arjen Robben dilaporkan menjadi sasaran PSV Eindhoven, dan menurut Mark van Bommel pemain sayap itu telah pun dihubungi oleh kelab Eredivisie tersebut.
Robben meninggalkan Bayern Munich pada penghujung musim 2018/19, selepas 10 tahun bersama kelab Bavaria itu.
Pemain berusia 35 tahun itu kini adalah sorang ejen bebas, dan Van Bommel – yang membimbing PSV mendudukui tempat ke-2 Eredivisie musim lalu – tidak menyembunyikan niat untuk melihat Robben kembali ke kelab yang beliau pernah sertai antara tahun 2002 sehingga 2004.
Pilihan dengan Robben
Walaupun pemain itu kini tidak terikat dengan mana-mana kelab, Van Bommel sedar ia bukan perkara mudah untuk mendapatkan khidmat bekas pemain antarabangsa Belanda itu.
“Sudah beberapa panggilan dilakukan [kepada Robben],” ujar Van Bommel kepada Voetbalzone.
“Ia sangat mudah. Ia terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan.
“Robben tahu kami mahukan beliau di sini, dan sekarang kami perlu memberikan masa dan ruang untuk beliau membuat keputusan.
“Saya tidak akan memberikan sebarang tekanan untuk memaksa beliau melakukan keputusan, Ia penting keputusan itu datang sendiri daripada dirinya.
“Robben boleh sahaja bersara, atau terus memilih untuk bermain. Beliau boleh menyertai kami, atau pergi sahaja memilih mana-mana destinasi lain. Beliau telah menerima banyak tawaran.
Aktiviti PSV
Sekiranya Robben menerima tawaran PSV, maka beliau dilihat sebagai pengganti kepada Hirving Lozano yang dilihat bakal meninggalkan mereka selepas pemain antarabangsa Mexico dikaitkan dengan perpindahan ke Napoli dan Paris Saint-Germain.
Seorang lagi pemain yang berkemungkinan meninggalkan PSV pada musim panas ini ialah Angelino, yang dikhabarkan ingin kembali menyertai bekas kelab, Manchester City setelah Pep Guardiola dikatakan mencari seorang bek kiri.
Manchester City consider activating £5.3m buy-back clause of Angelino who joined PSV Eindhoven last year https://t.co/lL3UOw2Pmg pic.twitter.com/PlfnWiDPok
— MailOnline Sport (@MailSport) June 17, 2019
Bagaimanapun Van Bommel bekata PSV tidak akan melepaskan Angelino dengan mudah kepada City.
“Ada kemungkinan beliau akan meninggalkan PSV. Kami memilih untuk tidak melepaskan sesiapa [pemain], tetapi tidak banyak perkara anda boleh lakukan dengan sesetengah pemain. Perkara terbaik ialah apabila anda boleh mengekalkan mereka,” ujar Van Bommel.”