PSSI Minta Bantuan Pierluigi Collina Baiki Kualiti Pengadilan Indonesia

Pierluigi Collina

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menerusi presidennya iaitu Erick Thohir mengambil langkah proaktif dengan membawa legenda pengadil iaitu Pierluigi Collina untuk membantu menguatkan semula kualiti pengadilan di negara itu.

Hal ini kerana, tahap pengadilan di Indonesia dilihat amat lemah dan pemerkasaan amat diperlukan untuk memajukan sistem tersebut bagi melancarkan kualiti bola sepak di negara tersebut.

Menurut laman Sepak Bola, Erick meminta bantuan Collina kerana statistik menunjukkan hanya 18 pegawai perlawanan yang melepasi piawaian FIFA daripada 160 yang berkhidmat di Indonesia.

Oleh kerana peratusan yang cukup kecil, PSSI meminta Collina untuk hadir ke Indonesia bagi memberikan motivasi dan semangat kepada para pengadil seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini dengan membawa Roberto Carlos, Juan Sebastian Veron dan rakan-rakan bagi bertemu skuad muda Garuda.

“Saya meminta FIFA untuk menghantar Pierluigi Collina ke Indonesia untuk bertemu dengan para pengadil.

“Ini bertujuan untuk memberikan semangat. Bukan sekadar [kita bawakan] Roberto Carlos dan Juan Sebastian Veron [bertemu pemain], pengadil juga perlukan semangat,” ujar Erick.

Erick juga telah meminta Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi untuk mengutus surat kepada FIFA berkenaan perkara tersebut.

Tindakan ini dilihat penting bagi membantu kemajuan pengadil di negara tersebut yang sering terpalit dengan kontroversi.

“Ianya dilakukan agar pengadil mempunyai kewibawaan dan kepercayaan diri. Kerana mereka juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan batu loncatan dalam hidup mereka,” kata Erick.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN