PSSI Ancam Mahu Pecat Shin Tae-yong Selepas 6 Bulan, Kenapa?

shin tae-yong indonesia pssi

Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) menyatakan yang Shin Tae-yong boleh dipecat sekiranya tidak kembali ke Indonesia dalam tempoh seminggu lagi.

Indonesia dikhabarkan mahu menjalankan semula latihan skuad B-19 dan senior bermula pada Julai depan dan pengendali yang diikat pada penghujung Disember lalu itu dilaporkan tidak dapat pulang ke Indonesia akibat pandemik ketika ini.

Kami bos, kau itu hanya pekerja kami’

Namun, PSSI dilihat berbunyi agak keras berdepan situasi ini. Menerusi kenyataan Pengarah Timnas, Syarif Bastaman, beliau dipetik berkata yang sebagai pekerja, Shin Tae-yong seharusnya menuruti semua arahan majikan, bukan bertindak sebaliknya.

“Prinsipnya begini, kami sebagai pemberi kerja, PSSI ini sebagai majikannya. Jadi, sebagai seorang yang profesional, Shin Tae-yong seharusnya mengikuti arahan daripada pemberi kerjanya,” ujar Syarif Bastaman yang dipetik daripada detikSPORT.

“Kami minta kepadanya [kembali ke Indonesia] pada minggu hadapan. Jadi, kita lihat sama ada beliau akan kembali atau tidak. Jika tidak, kami perlu mempertimbangkan – mungkin memecatnya,” tegasnya lagi mengenai hukuman kepada Shin Tae-yong.

Hubungan antara PSSI dan pengendali asal Korea Selatan itu dilihat semakin berantakan sejak beberapa minggu ini bermula dengan isu tunggakan gaji diikuti dengan beberapa isu lagi yang dilaporkan menerusi media Korea Selatan.

Shin Tae-yong: Anda sedar kedudukan ranking anda?

Jurulatih skuad Piala Dunia Korea Selatan 2018 itu juga dilihat telah mengkritik PSSI yang dikatakan tidak mengikut segala yang termaktub di dalam perjanjian ketika beliau menandatangani kontrak pada penghujung tahun lalu. PSSI sering berubah-ubah.

“Sekarang ini semua rancangan awal yang telah disusun sudah tidak lagi sama seperti ketika saya baru tiba di sini. Dan saya sudah tidak tahan dengan keadaan ini.

“Antaranya mereka [PSSI] mahu saya membawa skuad Bawah-19 Tahun Indonesia ke separuh akhir Kejohanan AFC di Uzbekistan. Selepas itu mereka memberikan sasaran untuk Indonesia muncul juara Piala AFF Suzuki pada hujung tahun ini.

“Dan pada tahun hadapan, mereka mahu saya memastikan pasukan Indonesia mara sekurang-kurangnya ke perlawanan akhir Piala Dunia B-20 yang dianjurkan oleh negara tersebut,” ujarnya sebelum mempersoalkan kedudukan ranking Indonesia ketika ini.

Datang dengan harapan besar

Shin Tae-yong telah menolak tawaran menyertai kelab yang beraksi di Chinese Super League, Shenzhen FC dan menegaskan yang tiada apa mampu mengubah keputusan yang telah dibuatnya itu apabila PSSI cenderung memilihnya sejak awal.

Hadir dengan pengalaman luasnya dan pernah membawa Korea Selatan beraksi di Piala Dunia 2018, Indonesia sudah mengimpikan segala kejayaan sekelip mata dan itu yang dapat dilihat menerusi pendedahan pengendali berusia 51 tahun itu.

Dengan pelbagai isu antara kedua-dua pihak ketika ini, adakah Indonesia akan memecat pula Shin Tae-yong selepas memecat Simon McMenemy tahun lalu akibat prestasi buruk Sang Garuda dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022?

Sebelum ini, Simon McMenemy pernah mendedahkan kepada media mengenai bagaimana masalah di luar padang banyak mengganggunya ketika mengendalikan Indonesia. Adakah Shin Tae-yong sedang melalui perkara yang sama saat ini?

Penutup

Sukar untuk melihat Shin Tae-yong untuk kembali semula ke Indonesia dalam masa terdekat seperti yang diarahkan oleh PSSI. Adakah PSSI akan bertegas dan melayangkan kad merah buatnya selepas baru dilantik kira-kira enam bulan lalu?

Indonesia masih belum secara rasmi mendapat sentuhannya dalam mana-mana perlawanan antarabangsa dan nampaknya ia mungkin akan berakhir sebegitu rupa sahaja. Adakah Shin Tae-yong atau PSSI yang sebenarnya yang bermasalah?

KREDIT FEATURED IMAGE: EPA

Baca lagi artikel lain mengenai Shin Tae-yong dan Indonesia:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN