PSM Tuntut Ganti Rugi RM11,000 Daripada FAM

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam menuntut ganti rugi sebanyak RM11,000 daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tuntutan berjumlah RM11,000 itu adalah untuk 44 unit kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil, dipercayai dirosakkan oleh penyokong Indonesia ketika perlawanan pada 19 November yang lalu.

Dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 tempoh hari, pasukan negara kendalian Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe menewaskan Indonesia 2-0.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSM, Nik Razeen Adam Daud berkata beliau kecewa dengan sikap yang ditampilkan oleh pasukan pelawat ketika perlawanan berlangsung.

“Kami telah memberikan sambutan baik untuk mengalu-alukan kedatangan para penyokong pasukan bola sepak Indonesia ke Stadium Nasional,” ujar Nik Rezeen.

“Walau bagaimanapun setelah apa yang berlaku, saya berasa amat kecewa sekali kerana sambutan baik yang kami berikan tidak dihargai oleh mereka.”

Disebabkan perkara tersebut, pihak PSM terpaksa melakukan tuntutan kepada FAM yang merupakan penganjur perlawanan yang membuat tempahan untuk venue tersebut.

Dalam perlawanan yang berlangsung pada 19 November tersebut, tidak kurang 6,500 penyokong Indonesia dilaporkan hadir untuk memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan mereka.

Walaupun pelbagai ingatan telah diberikan kepada penyokong yang hadir, insiden-insiden tidak diingini tetap berlaku – selepas insiden yang lebih teruk berlaku ketika kedua-dua pasukan bertemu pada 5 September di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

 

Foto Hadapan: Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN