PSM Bakal Dedahkan Bukti Kecuaian Petugas Pintu Masuk SNBJ Kepada FAM

Isu keselamatan Stadium Nasional Bukit Jalil terus menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan berikutan jumlah kehadiran penyokong ketika perlawanan akhir Piala Suzuki AFF selasa lepas dipercayai menjangkau angka 100,000 orang melebihi kapasiti Stadium.

Keadaan ini menyebabkan ribuan penyokong termasuk penyokong Vietnam yang mempunyai tiket yang sah tidak mendapat tempat duduk mereka dan terpaksa menonton perlawanan dengan keadaan kurang selesa di kaki lima dan tangga stadium.

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan aspek keselamatan penonton di semua venue PSM sentiasa diberi keutamaan.

Malah mereka sedang mengkaji semula prosedur sedia ada dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mengatasi masalah ini.

Penyokong Vietnam terpaksa berhimpit akibat kekurangan tempat duduk.

PSM sedang melakukan siasatan dan kumpulkan bukti sahih

Menurut kenyataan tersebut, mereka bakal dedahkan beberapa maklumat sahih melalui rakaman CCTV di stadium kepada pihak FAM untuk dinilaikan sebelum ambil tindakan selanjutnya.

“PSM mempunyai maklumat yang sahih tentang kecuaian beberapa petugas yang mengawal kemasukan penonton di pintu-pintu masuk stadium yang merupakan punca utama berlakunya lebihan penonton di dalam stadium.

“PSM kini sedang dalam proses mengumpulkan maklumat pengurusan dan kawalan keselamatan penonton melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Maklumat ini akan dikongsikan dengan pihak FAM ketika sesi postmortem bersama FAM nanti,” kata kenyataan itu.

Antara isu-isu yang akan dibincangkan bersama FAM nanti adalah penggunaan sistem tiket automatik sedia ada, sistem turnstile, tempat duduk bernombor, kawalan keselamatan yang lebih ketat dan membuat tapisan yang lebih terperinci dalam melantik petugas keselamatan.

“Semua aspek ini akan ditambah baik untuk pengurusan acara pada masa akan datang serta memperkasakan aspek kawalan keselamatan kepada semua penonton.

“Pada malam yang sama juga, acara “Viewing Party” yang dianjurkan secara percuma oleh PSM, berjaya diuruskan dengan baik kerana menggunakan sistem turnstile bagi mengawal jumlah kemasukan penonton.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, keselamatan penonton sentiasa menjadi keutamaan bagi PSM,” jelas kenyataan daripada PSM tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN