PSG Yakin Mbappe Dan Neymar Akan Cergas Menentang Liverpool

Neymar dan Kylian Mbappe sebelum telah mengalami kecederaan ketika tugas antarabangsa. Neymar cedera ketika berhadapan dengan Cameroon manakala Mbappe cedera ketika tugasan menentang Uruguay.

Neymar kemudian memberitahu bahawa kecederaan beliau tidak serius. Namun untuk Kylian Mbappe, Didier Deschamps tidak dapat memberikan ulasan lanjut akan kecederaan pemain itu. Mbappe cedera di bahagian bahu.

PSG hari ini membuat kenyataan media berkaitan hal tersebut dan berharap 2 pemain itu akan dapat kembali dalam tempoh terdekat. PSG mengesahkan 2 pemain itu menjalani rawatan 48 jam untuk kecederaan mereka.

PSG, akan berhadapan Toulouse di rumah di Ligue 1 Sabtu ini. Neymar dan Mbappe mungkin akan direhatkan untuk tugasan ini. Namun misi penting PSG adalah mesti menang ke atas Liverpool pada 3 hari selepas itu.

PSG kini berada di tangga ke-3 dalam kumpulan C dengan 1 mata di belakang Napoli dan Liverpool. Mereka pastinya enggan tersingkir awal daripada UCL.

PSG dalam kenyataan rasmi kelab mereka menyatakan: “Neymar Jr dan Kylian Mbappe telah lulus pemeriksaan kecergasan pada hari ini yang mengesahkan:

– Nemyar Jr mengalami kecederaan otot sebelah kanan
– Kylian Mbappe mengalami kesakitan di bahagian bahu kanan kerana perlanggaran

“Penjagaan rapi dalam tempoh 48 jam akan dilakukan, kecederaan mereka akan dipantau untuk melihat sebab klinikal daripada tindakan tersebut.”

Neymar telah menjaringkan 15 gol dan 6 bantuan gol dalam 17 penampilan di semua pertandingan untuk PSG musim ini.

Sementara itu, Kylian Mbappe telah mencatatkan 17 gol dan 6 bantuan gol dalam 18 perlawanan setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN