PSG VS Barcelona dalam aksi perlawanan UEFA Champions League yang menyaksikan mereka dimalukan oleh wakil Perancis itu 4-0.
Ia merupakan satu kekalahan yang memalukan buat juara pada musim 2015 ini untuk kembali semula dalam perlawanan ini dikala PSG juga bukan calang-calang pasukan.
Barcelona perlu melakukan kebangkitan penuh keajaiban seperti apa yang dilakukan oleh Deportivo La Caruna ketika UEFA Champions League pada 2004.
Mereka ketika itu berjaya bangkit dari tewas 4-1 di tangan AC Milan di tempat lawan untuk bangkit menang 4-0 di laman sendiri untuk layak ke separuh akhir musim tersebut.
“Kekalahan itu tanggungjawab saya”
Selepas perlawanan tersebut, pengurus Barcelona iaitu Luis Enrique sendiri mengaku beliau bertanggungjawab diatas kekalahan pasukannya.
“Saya mengaku ia satu malam yang cukup teruk untuk pasukan kami.”
“Kami nyata rapuh di segala tempat, jadi saya bertanggungjawab di atas kekalahan ini.”
Hal ini jelas apabila Barcelona nyata dibuli teruk oleh PSG dan statistik nyata menunjukkan segalanya.
Barcelona hanya mencipta 1 sahaja percubaan tepat ke pintu gol sedangkan PSG punya 10 percubaan tepat daripada keseluruhan 16 percubaan mereka.
Dalam kemenangan itu, PSG merakam kemenangan penting dengan Angel Di Maria menjaringkan 2 gol.
Julian Draxler juga menjaringkan 1 gol serta gol keempat PSG dijaringkan oleh Edison Cavani.
Satu lagi perlawanan pusingan 16 pasukan terakhir melibatkan Benfica dan Borrusia Dortmund yang menyaksikan Benfica menang 1-0.
Gol Benfica dijaringkan oleh Kostas Mitroglou.
Baca juga: Jermain Defoe: “Ibu Selalu Tanya Saya, Bila Nak Bersara Dari Main Bola Sepak?”