Perang PSG dengan Evra nampaknya semakin panas. Sebelum ini media PSG menuduh Evra sebagai tidak patriotik. Hal ini hanya kerana Evra memuat naik video keraian kemenangan Man. United di Parc Des Princes.
Selepas beberapa siri sindir menyindir di antara Evra dan beberapa media di Perancis – bekas pemain Man. United itu telah memuatnaik satu video sna[chat versi mengamuk (rant).
Video tersebut telah membuatkan Evra menjadi kecaman PSG. Ini kerana Evra dikatakan homofobia kerana menggunakan perkataan ‘fag**ts’. Ia adalah perkataan yang merujuk kepada lelaki yang mengamalkan hubungan sejenis ataupun gay.
Evra melabel PSG sebagai ‘fag**t’ dan Manchester United sebagai lelaki sebenar. Evra menganggap PSG pasukan yang lembik sehingga boleh kalah kepada pasukan Manchester United D.
Evra berkata: “Ini adalah Manchester United. Hentikan memuji pasukan yang tidak pernah memenangi apa-apa.”
“Bahkan sepupu saya yang di [duduk di kerusi] depan ini pun bengang. Kamu adalah jenis “fagg**s” , sejenis “fagg**s’, saya beritahu kamu.”
“Kami bermain dengan pasukan D, pasukan D! Itu belum lagi pasukan C, sudah cukup untuk uruskan kami keluar.”
“Hey, salah seorang budak yang bermain untuk Man. United itu pernah mencuci ‘boot’ saya dahulu, dan masa itu belum ada sperma lagi. Paris [St-Germain] kamu adalah sejenis p*****s.”
PSG sudah menghubungi Man. United berkenaan isu itu, namun pasukan Man. United tidak mahu masuk campur kerana Evra sudah tidak bermain untuk kelab itu lagi.
Seterusnya, Evra turut mengutuk bekas rakan sepasukannya, Rothen – yang sebelum ini menuduh Evra tidak ada nilai hormat – kerana meraikan kemenangan Man. United – sedangkan yang tewas itu adalah pasukan dari Perancis.
The club released a statement condemning comments made by Evra on Sunday https://t.co/Yyi82btnGy
— FootballJOE (@FootballJOE) March 19, 2019
Evra geram dan berkata: “Kalau selepas ini saya jumpa kamu, saya akan tampar kamu.”
PSG dalam kenyataan mereka berkata: “PSG mengutuk penghinaan berbentuk homofobia oleh Patrice Evra yang ditujukan kepada kelab kami, wakilnya dan bekas pemain [Jerome Rothen].”
“Serangan verbal itu sangat mengejutkan kelab kami yang mengamalkan nilai saling menghormati dan semangat inklusif. Usaha memerangi homofobia dan diskriminasi menjadi tunjang kepada nilai dan amalan PSG.”
PSG juga mahu mengambil tindakan perundangan ke atas Evra kerana komen beliau.
Beberapa jam selepas itu, Evra membuat penafian bahawa beliau seorang anti-gay. Evra berkata: “Saya membuat video itu dengan niat bergurau dengan rakan-rakan saya.”
“Dan media Perancis mereka telah memutar belitkan kenyataan saya – hanya kerana saya menggunakan perkataan ‘pede’. Mereka mengalih bahasa perkataan itu dengan menuduh saya sebagai anti-gay.”
I love this game, and more importantly , I love EVERYONE. A quick message here to clear up any confusion! ❤️ #ILTG #positive4evra pic.twitter.com/92RuMIT9ao
— Patrice Evra (@Evra) March 19, 2019
“Saya bukan seorang homofobia. Saya sayangkan semua orang. Saya diajar oleh ibu saya untuk menghormati orang lain.”
“Semua orang bebas untuk memilih apa sahaja dalam hidup.Dan saya tidak pernah sesekali menghakimi manusia lain. Itu kerja tuhan. Dan hanya tuhan boleh menghakimi saya.”
“Dan jika ada yang terasa hati, saya ingin memohon maaf.