PSG Tolak Tawaran Barcelona €40 Juta + Coutinho & Rakitic Untuk Mendapatkan Neymar

PSG dilaporkan menolak tawaran wang + pemain oleh Barcelona bagi mendapatkan Neymar. 2 pemain yang disertakan di dalam tawaran tersebut ialah Phillipe dan Ivan Rakitic beserta wang €40 juta.

Portal sukan L’equipe menganggap tawaran itu sebagai teruk.

Barcelona masih berusaha untuk menjual Ivan Rakitic selepas mereka mendapatkan Frenkie de Jong. Dalam pada masa yang sama aksi Arthur yang cemerlang bersama Brazil membuatkan pasukan itu yakin bahawa mereka sudah memiliki pemain tengah yang berkaliber.

Sementara itu Coutinho pula masih gagal membuktikan kualiti dirinya sebagai pemain yang tepat untuk Barcelona – selepas berpindah dengan nilai perpindahan sekitar £140 juta secara terkumpul. Beberapa bulan yang lalu, Coutinho sudah memberitahu kelab bahawa beliau sedia untuk dilepaskan.

Namun begitu Barcelona masih gagal untuk mencari pembida yang mahu mendapatkan pemain tersebut. Halangan utama adalah harga dan gaji yang tinggi. Hanya pasukan seperti PSG yang tidak mampu untuk mendapatkan Coutinho.

BARCELONA, SPAIN – MAY 01: Philippe Coutinho of Barcelona reacts during the UEFA Champions League Semi Final first leg match between Barcelona and Liverpool at the Nou Camp on May 01, 2019 in Barcelona, Spain. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Laporan di Perancis menyebut bahawa tawaran untuk Neymar itu adalah secara lisan dan bukannya rasmi. Pihak pengurusan Barcelona memberitahu Leonardo secara verbal terlebih dahulu. Paris Saint-Germain tidak gembira dengan tawaran yang dikemukakan.

Semalam Sky Sports menyatakan bahawa PSG masih mahu Neymar kekal di dalam pasukan mereka dan mengubah semula pendiriannya yang mahu meninggalkan kelab itu. Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Neymar datang bertemu dengan pengurusan tertinggi kelab menyatakan hasrat beliau mahu pergi.

https://twitter.com/skysports_bryan/status/1150876431842516993?s=19

Walaubagaimanapun PSG sedia untuk mendengar tawaran untuk Neymar hanya dengan syarat mereka mendapat tawaran yang memuaskan. PSG mahukan tawaran itu lebih daripada apa yang mereka bayar untuk mendapatkan Neymar.

PSG membelanjakan €222 juta bagi mendapatkan pemain itu dahulu. Oleh itu PSG dikatakan mahukan sekurang-kurangnya
€300 juta untuk Neymar.

https://twitter.com/skysports_bryan/status/1150876431842516993?s=19

Thomas Tuchel turut mengakui bahawa beliau sudah tahu Neymar mahu angkat kaki dari PSG sejak beberapa bulan lalu, iaitu sebelum Copa America lagi. Pengendali PSG juga tidak gembira dengan Neymar yang ponteng sesi latihan awal pramusim.

Bagi Tuchel, beliau tidak suka dengan mana mana pemain yang ponteng daripada tanggungjawab mereka untuk hadir ke sesi latihan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN