Barcelona dan Real Madrid dikatakan telah melakukan bidaan untuk Neymar, hanya untuk bidaan tersebut ditolak oleh Paris Saint-Germain (PSG).
Menurut sumber dari BBC, bekas kelab Neymar, Barcelona menawarkan €100 juta dan juga Philippe Coutinho di dalam pakej bidaan.
Ivan Rakitic turut berada di dalam senarai perbincangan bersama kelab Perancis itu untuk mendapatkan kembali bintang Brazil tersebut.
PSG have rejected bids from Barcelona and Real Madrid for Neymar.
Read more: https://t.co/tBjJEVWvNa pic.twitter.com/lqoP6btq9D
— BBC Sport (@BBCSport) August 14, 2019
Real Madrid pula melakukan bidaan yang berbentuk wang dan pemain seperti Gareth Bale dan James Rodriguez kepada PSG.
Bagaimanapun PSG mahukan Vinicius Junior, namun Real setakat ini tegas enggan meletakkan pemain muda itu ke dalam pakej bidaan.
Kedua-dua bidaan telah ditolak, tetapi PSG dikatakan memilih Real sekiranya memutuskan untuk menjual Neymar.
Neymar’s signing to end in 48 hours as PSG president prefers Real Madrid to sign Brazilian #ghanamotion https://t.co/LV7cb492WU pic.twitter.com/e4fRvaqLyZ
— Ghanamotion.com (@ghanamotion) August 14, 2019
Neymar adalah pemain termahal dunia pada 2017 apabila PSG membayar €222 juta untuk menebus kontrak pemain itu di Nou Camp.
Hanya selepas dua tahun, hubungan pemain tersebut bersama kelab menjadi keruh. Sikap diva bintang Brazil itu dikritik secara terbuka oleh pemilik kelab, manakala penyokong juga sudah mulai mencemuh dengan menghalau pemain itu dari Parc des Princess.