Sebelum ini Thiago Motta dikatakan akan meninggalkan PSG selepas pemain tersebut tiada di dalam perancangan PSG menjelang musim baharu.
Kelab Itali, Genoa dilaporkan sudah bersedia untuk mengumumkan kehadiran Motta ke kelab mereka. Cuma menunggu masa kontrak Motta tamat secara rasmi.
Namun begitu PSG melakukan pusingan u. Ini selepas PSG berhadapan dengan kesulitan untuk mendapatkan beberapa pemain tengah yang mereka sasarkan.
Beberapa hari lalu, Monaco menolak bidaan mereka untuk mendapatkan Fabinho. Marco Veratti pula hampir setiap hari merengek mahu dilepaskan ke Barcelona.
PSG akhirnya mengambil keputusan untuk melanjutkan kontrak pemain veteran mereka Thiago Motta selama setahun lagi.
Berita rasmi tentang hal ini telah pun diumumkan kepada umum oleh PSG. Ini bermakna bintang veteran 34 tahun ini akan kekal semusim lagi di kelab tersebut. Motta jelas gembira dan teruja dengan kontrak baru ini.
Le @PSG_inside est heureux d’annoncer la prolongation du contrat de Thiago Motta jusqu’au 30 juin 2018. #Motta2018 pic.twitter.com/Cj7h6zhjMF
— Paris Saint-Germain (@PSG_inside) July 4, 2017
“Saya sangat berbesar hati untuk melanjutkan kontrak dengan Paris St. Germain. Saya ada sejarah peribadi yang istimewa dengan kelab ini. Kelab yang banyak memberikan keyakinan sejak 5 musim di sini.”
“‘Pengembaraan’ ini akhirnya akan diteruskan lagi dan saya sangat gembira.”
Presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi memberitahu kepada media:
“Kami akan terus menjadi pasukan yang kompetitif dalam setiap pertandingan yang kami terlibat. Kami gembira dapat melanjutkan kontrak beliau. Thiago Motta menjadi salah seorang pemain penting di dalam pasukan kerana kepimpinan dan pengetahuan beliau yang luas di dalam bola sepak.
Thiago Motta telah memenangi 4 Ligue 1, 4 Coupes de la Ligue, 4 Trophees des Champions dan 3 Coupes de France bersama PSG sejak menyertai kelab tersebut pada 2012.