PSG Sedia Lamar Arsene Wenger Untuk Sertai Mereka

Paris Saint Germain (PSG) sebelum ini pernah dikaitkan dengan Arsene Wenger. Namun pengurus tersebut setia dengan Arsenal.

Kini, selepas Wenger umumkan pemergian beliau selepas akhir musim ini dari Arsenal, PSG mahu mendapatkan khidmat Wenger tetapi bukan sebagai pengurus ataupun ketua jurulatih.

Sebaliknya, PSG mahu melantik Wenger menjadi Pengurus Besar (General Manager) kelab tersebut bagi memacu dan menggubal dasar baru kelab tersebut selepas ini.

Wenger memiliki kemampuan mentadbir dan seorang ekonomis yang sangat baik. Jadi, beliau memilik ciri-ciri yang sangat sesuai dengan jawatan di PSG yang mahu merombak sedikit pengurusan mereka.

Nasser Al-Khelaifi pernah memberitahu yang beliau berkawan dengan Wenger. Dan beliau mahu Wenger membantu kelab tersebut dalam pengurusan.

NEWCASTLE UPON TYNE, ENGLAND – APRIL 15: Arsenal manager Arsene Wenger looks on during the Premier League match between Newcastle United and Arsenal at St. James Park on April 15, 2018 in Newcastle upon Tyne, England. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

PSG mahu memfokuskan kepada pembangunan pemain-pemain muda dan scouting mereka pada musim hadapan. Ini untuk mengurangkan perbelanjaan membeli pemain yang terlalu mahal.

PSG kerap menjadi sasaran audit oleh UEFA kerana perbelanjaan yang tinggi.

PSG dilaporkan sudah setuju melantik Thomas Tuchel bagi menggalas tugas pengurus pada musim hadapan. Unai Emery sah tidak akan disambung kontrak dengan kelab tersebut.

Persoalannya kini, adakah Wenger mahu menerima jawatan yang tidak terlibat dalam kejurulatihan tersebut? Ini kerana Wenger sentiasa percaya beliau masih mampu menggalas tugas sebagai pengurus dan mengendalikan latihan pasukan.

Agak menarik jika Wenger menjadi pengurus besar di PSG yang akan bekerja dengan pengarah sukan bagi menentukan hala tuju pengurusan kelab terutama sekali perpindahan pemain.

Adakah Wenger akan membawa model corak perbelanjaan di Arsenal ke PSG?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN