Sekali lagi, Barcelona dan juga Paris Saint-Germain (PSG) akan bertarung sesama sendiri.
Kali ini dalam usaha untuk mendapatkan khidmat pemain OGC Nice iaitu Jean Michael Seri.
Barcelona sudah memulakan gerak untuk mendapatkan Seri dengan menawarkan yuran perpindahan sebanyak €40 juta kepada pemain tersebut.
Seri dikatakan telah menolak segala tawaran yang ditawakan kepada beliau dengan beberapa kelab lain juga mahukan khidmat pemain OGC Nice itu demi menjadikan perpindahan ke Barcelona satu kenyataan.
Namun, OGC Nice tidak berminat untuk melepaskan Seri ke Barcelona dengan harga €40 juta sebaliknya mereka mahukan €50 juta untuk pemain itu.
Tetapi nilai itu tidak diterima Barcelona lantas mereka mahu menamatkan minat mereka untuk pemain tersebut.
Seri nyata berang dengan situasi itu dan kini PSG sedia memintas Barcelona dalam usaha mendapatkan Seri.
Ejen pemain itu sendiri iaitu Franklin Mala juga telah meminta Seri untuk tidak menerima sebarang tawaran daripada Barcelona dan terima pelawaan PSG.
“Benar sekali yang Barcelona ada datang berbincang dengan OGC Nice untuk mendapatkan Seri.”
“Akan tetapi, PSG datang kepada OGC Nice untuk dapatkan Seri. Mereka mula berikan tekanan kepada pihak kelab untuk jual Seri kepada PSG.”
Menurut Mala lagi, tujuan PSG melakukan tindakan sedemikian adalah untuk memastikan Barcelona tidak berjaya mendapatkan pemain yang mereka mahu.
“Ia adalah satu tindakan yang gila dari PSG. Mereka lakukan perkara ini sekadar untuk kenakan Barcelona sahaja.”
Sumber:
- Goal (2017): PSG ASKED FOR NICE MIDFIELDER SERI TO ‘F*** BARCA’, SAYS AGENT; http://www.goal.com/en/news/psg-asked-for-nice-midfielder-seri-to-f-barca-agent-transfer/w6f5z4idvozz1xy4d3oz8k4em