Nampaknya, mereka sudah mula terperangkap.
Paris Saint-Germain (PSG) dijangka perlu menjual salah seorang bintang mereka untuk mengelak dari dihukum oleh UEFA.
Hal ini berkaitan dengan peraturan UEFA Financial Fair Play yang menyaksikan PSG telah berbelanja besar dan juga bil gaji para pemain mereka sudah melebihi had.
Pada musim panas yang lalu, PSG telah membeli Neymar dengan rekod perpindahan sebanyak €200 juta dari Barcelona.
Dalam masa yang sama, mereka juga meminjam Kylian Mbappe dari AS Monaco dengan mempunyai pilihan untuk menjadikan pinjaman itu sebagai pembelian tetap.
Akan tetapi dengan situasi yang menimpa PSG ketika ini, sudah pastinya antara Neymar atau Mbappe – mereka akan mengorbankan Mbappe kerana beliau merupakan pemain pinjaman.
Situasi yang dihadapi oleh PSG juga ini turut membuatkan kelab-kelab utama di Eropah berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk mendapatkan bintang utama PSG iaitu Neymar.
2 kelab yang disebut-sebut adalah Manchester City dan juga Real Madrid.
Neymar pernah menyatakan hasrat berminat untuk bermain untuk pengurus seperti Pep Guardiola. Kenyataan ini sekali gus membuatkan kelab England itu berada dalam potensi untuk mendapatkan pemain ini.
Untuk rekod, Neymar belum lagi bermain untuk Guardiola kerana sebaik sahaja beliau menjadi pemain Barcelona – Guardiola sudah tidak lagi menjadi pengurus.
Sementara itu, Real Madrid merupakan destinasi pilihan sekiranya Neymar benar meninggalkan PSG.
Real Madrid seringkali dikaitkan dengan Neymar dan ditambah dengan kuasa membeli yang cukup besar pada juara Eropah itu – segalanya boleh berlaku.