Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) menerima perkhabaran buruk apabila dua tonggak pasukan itu, Kylian Mbappe dan Neymar Da Silva mengalami kecederaan ketika mewakili negara masing-masing dalam aksi persahabatan antarabangsa.
Mbappe mengalami kecederaan di bahagian bahu walaupun Perancis mencatat kemenangan 1-0 ke atas Uruguay dalam saingan persahabatan di Stade de France awal pagi tadi.
Kylian Mbappe goes off injured for France. He follows Neymar in picking up a knock.
It's not been a good night for PSG…
France vs Uruguay: https://t.co/cKipvTWrOr pic.twitter.com/cpM5zk9tl3
— Indy Football (@IndyFootball) November 20, 2018
Penalti Olivier Giroud pada minit ke-52 memberikan Perancis kemenangan dalam ulangan aksi suku akhir Piala Dunia di Russia.
“Adalah penting untuk menamatkan saingan dengan rentak positif, kekalahan terakhir (di tangan Belanda) menyaksikan kami terlepas saingan separuh akhir (Liga Negara),” kata Deschamps.
Namun Mbappe terpaksa digantikan pada babak pertama selepas terjatuh sekali gus meneruskan malam yang sukar buat jurulatih Paris Saint-Germain, Thomas Tuchel selepas pengendali Jerman itu menyaksikan Neymar juga mengalami kecederaan selepas aksi persahabatan antara Brazil dan Cameroon di Milton Keynes.
36’: Kylian Mbappé subbed off due to injury 🤕
This doesn’t look good, it was a nasty landing. 😳 pic.twitter.com/LV4oX64qA0
— Squawka Live (@Squawka_Live) November 20, 2018
Dibantu sokongan padu penyokong di Paris, Perancis merobek pertahanan Uruguay seawal minit keempat namun sepakan Giroud tersasar dengan hanya penjaga gol, Martin Campana perlu ditewaskan.
Tandukan Matias Vecino terlalu hampir dengan Hugo Lloris ketika pelawat mula menyesuaikan diri namun Mbappe sepatutnya meletakkan Perancis di depan apabila dia menyambut hantaran tetapi cubaannya sedikit tersasar.
https://twitter.com/TheSwypeSports/status/1064990959816069120
Beliau mengalami kesakitan selepas dia diterjah Campana, tampak dia mengalami kecederaan bahu. Mbappe cuba meneruskan perlawanan tetapi hanya bertahan beberapa saat sebelum memberi isyarat dia tidak boleh meneruskannya dan digantikan Florian Thauvin.
Namun, pengurus Perancis, Deschamps menjelaskan kecederaan Mbappe tidak berapa serius dan meminta para penyokongnya tidak perlu risau.
Deschamps doesn't think Mbappe's injury is serious
PSG will be hoping he's right pic.twitter.com/7FfoVld85j
— GOAL (@goal) November 21, 2018
Kecederaan Neymar resahkan Brazil
Penyerang PSG, Neymar terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan selepas tujuh minit permainan yang menyaksikan Brazil menewaskan Cameroon 1-0.
Jaringan tunggal daripada Richarlison menjadikan ia kemenangan keenam dan rekod bersih tanpa bolos buat skuad kendalian Tite sejak Piala Dunia.
#Neymar needs scan before facing Liverpool after injury scare for #Brazil https://t.co/nKAyrXKzoz #LFC #PSG
— Guardian sport (@guardian_sport) November 20, 2018
Brazil memerlukan sedikit masa untuk pulih selepas kehilangan Neymar namun penggantinya Richarlison menyumbat gol tunggal permainan dengan tandukan hebat hasil hantaran sudut sebelum tamat separuh masa.
Pertukaran pemain selepas babak pertama membawa kepada permainan terbuka dan Brazil mula mengawal saingan.
Injury fears for Neymar after the Brazil star forced off after just six minutes against Cameroon pic.twitter.com/AQsreUSvRJ
— Iyke DK (@Iyke_dk) November 20, 2018
Pemain gantian, Gabriel Jesus tidak bernasib baik untuk menggandakan jaringan selepas minit ke-53 apabila sepakannya terkena palang dari luar kotak penalti dan Artur menyaksikan sepakan dari jarak 25 meter melepasi palang.
Allan juga memiliki dua peluang untuk menambah jaringan namun penjaga gol Cameroon, Fabrice Ondoa berada di prestasi terbaik selepas masuk pada babak kedua.
PSG akan berdepan Liverpool dalam saingan penting Liga Juara-Juara di Parc des Princes pada 29 November.