PSG Belasah Monaco 7-1 Untuk Menjuarai Ligue 1 Musim 2017/18

PSG

Selepas Bayern Munich dan Manchester City sudah mengesahkan kejuaraan menjadi milik mereka, kini tiba giliran buat Paris Saint-Germain (PSG) pula untuk dinobatkan selaku juara Ligue 1 bagi musim 2017/18.

Lebih manis kejayaan itu diraih ketika anak buah Unai Emery dengan membelasah tanpa belas kasihan pencabar terdekat yang merupakan juara bertahan, Monaco  7-1 pada perlawanan yang berlangsung di Parc De Princes.

PSG ternyata sukar digugat apabila mendahului pelawat dengan keputusan 4-1 pada separuh masa pertama dan kemudiannya menambah tiga lagi jaringan di babak kedua.

Pemain tengah berusia 22 tahun dari Argentina, Giovani Lo Celso membuka tirai pesta gol tersebut menerusi jaringan di minit ke-15.

Lo Celso menerima hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol Monaco untuk mudah memberikan jaringan pendahuluan buat PSG.

Dua minit kemudian, giliran Edison Cavani pula meletakkan nama selaku penjaring dengan tandukan kemas yang menggegar jaring gol pasukan lawan susulan hantaran lintang dari Yuri Berchiche.

Tidak cukup dengan dua jaringan tersebut, Cavani membuat satu hantaran menarik yang mencari Angel Di Maria.

Di Maria berjaya melepasi perangkap ofsaid lalu meluru pantas ke gawang Monaco yang dengan tenang melakukan sepakan lambung bagi menewaskan penjaga gol, Danijel Subasic.

Para pemain PSG meraikan kejayaan menjuarai Ligue 1. Foto: en.psg.fr

Lo Celso menambah jaringan kedua peribadi beliau untuk melebarkan kedudukan menjadi 4-0 dengan menanduk masuk bola hasil hantaran rakan senegaranya, Javier Pastore pada minit ke-27.

Monaco cuba untuk bangkit melawan dan berjaya merobek gawang PSG pada minit  ke-38 selepas Rony Lopes menolak mudah hasil hantaran yang dilakukan Almamy Toure untuk aksi babak pertama berkesudahan dengan 4-1.

Bagaikan mendapat tonik berguna di bilik persalinan, PSG terus bernafsu untuk mencipta jaringan dan ianya dibuktikan dengan tambahan jaringan ke-5 perlawanan dan sekali lagi Di Maria menemui sentuhan jaringannya.

Hasil umpanan oleh Pastore, Di Maria tidak mempunyai masalah untuk sekali lagi menewaskan Subasic di minit ke-58.

Usaha ketua pasukan Monaco, Radamel Falcao untuk membantu barisan pemain pertahanan ketika situasi sepakan penjuru memakan diri apabila bola yang terkena bahu beliau menerjah ke gawang sendiri untuk gol ke-6 buat tuan rumah.

Pesta gol PSG diakhiri dengan jaringan oleh Julian Draxler pada minit ke-86.

Gol dari pemain antarabangsa Jerman itu melengkapkan kemenangan 7-1 sekaligus memberikan kejuaraan Ligue 1 kali ke-7 buat PSG.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN