Quantcast

BERITA

PSG Jadikan N’golo Kante Sasaran Utama, Ini Jawapan Beliau

PSG dilaporkan meletakkan nama N’golo Kante sebagai sasaran utama dalam jendela perpindahan akan datang. PSG sebelum ini bergelut mencari pemain tengah defensif yang kental.

Mereka terpaksa memanggil semula Thiago Motta menyertai mereka semula, beberapa minggu selepas pemain itu habis kontrak dan mencari kelab baru.

Chelsea mendapatkan N’golo Kante dengan harga £32 juta daripada skuad juara EPL Leicester pada 2016. Beliau menjadi antara pemain tengah defensif terbaik di Eropah.

PSG mahukan Kante untuk menambah kualiti skuad dan meningkatkan lagi peluang mereka menjuarai UCL. Chelsea pula masih bergelut untuk mengejar slot UCL pada musim akan datang. Mereka dipisahkan 5 mata daripada slot UCL.

Jadi, PSG merasakan, jika Chelsea gagal ke UCL ia akan meningkatkan lagi peratusan peluang mereka mendapatkan pemain Perancis tersebut.

Ketika ditanya oleh wartawan Evening Standard tentang pandangan beliau akan perkara itu. Ini jawapan Kante:

“Saya di rumah saya sekarang ini di sini (Chelsea). Ini kelab saya dan saya adalah pemain Chelsea. Ini tahun kedua saya di sini. Musim lalu sangat indah, kami meraikan kejuaraan (liga).”

“Tahun kedua, saya merasai pengalaman bermain di UCL dan kami yakin akan menamatkan musim ini di 4 teratas sekali lagi.”

“Kami akan berjuang sehingga ke penamat untuk 4 teratas dan untuk bermain di UCL. Kami juga masih dalam persaingan Piala FA dan ia satu-satunya trofi yang masih ada untuk kami menangi. Jadi kami akan berikan segalanya untuk mara ke final dan menjuarainya.”

Kante menyatakan beliau tidak memikirkan untuk pulang ke Perancis kerana baginya, karier beliau masih di London.

Kontrak semasa Kante masih panjang. Masih ada 3 tahun lagi. PSG juga sanggup menawarkan gaji 2 kali ganda daripada apa yang Kante dapat di Chelsea. Beliau kini menerima £150,000 seminggu.

Buat masa ini, Chelsea tidak terfikir untuk menjual pemain ini.