PSG Hanya Miliki 14 Pemain Akibat Kecederaan, Tuchel Enggan Paksa Neymar

Thomas Tuchel berkata semua pihak di Paris Saint-Germain (PSG) harus bersabar dan membenarkan Neymar terus merawat kecederaan yang dialaminya.

Bintang Brazil itu sedang berusaha keras untuk kembali pulih dari kecederaan yang dialami beliau dalam saingan Coupe de France menentang Strasbourgh pada Januari lalu.

Tiada perkhabaran terbaru

Terlepas aksi menentang Manchester United di saingan UEFA Champions League, PSG tidak memberikan rangka masa pemain itu akan kembali cergas untuk kembali beraksi.

“Saya tidak ada perkhabaran terbaru selain daripada beliau [Neymar] berada dalam keadaan baik, dan tidak lagi merasa kesakitan,” ujar Tuchel kepada wartawan pada Ahad lalu.

“Namun ia masih awal untuk berbicara mengenai bilakah Neymar akan kembali beraksi. Semua pihak harus bersabar.

“Ia semenangnya amat sukar untuk saya. Tetapi kecederaan itu lebih teruk untuk Neymar.

“Hanya ada satu solusi, iaitu untuk bersabar. Beliau memiliki masa yang diperlukan untuk kembali pulih sepenuhnya. Saya enggan memberikan sebarang tarikh.”

PSG pincang

Menentang Toulose pada Ahad lalu menunjukkan kepincangan ketara di dalam skuad PSG akibat kecederaan.

Selain Neymar, beberapa pemain utama lain seperti Julian Draxler, Angel Di Maria, Edinson Cavani, Thomas Meunier dan Dani Alves turut terpaksa disisihkan akibat kecederaan.

PARIS, FRANCE – JANUARY 23: the action that brings to the injury of Neymar jr of Paris Saint-Germain during the French Cup match between Paris Saint-Germain and RC Strasbourg at Parc des Princes on January 23, 2019 in Paris, France. (Photo by Xavier Laine/Getty Images)

“Jika tiada pemain lain cedera selepas perlawanan menentang Toulose, maka kami akan memiliki 14 pemain dan dua penjaga gol.

“Sudah beberapa perlawanan kami perlu hadapi dengan hanya 14 atau 15 pemain. Ia bukan perkara yang baik,” tambah Tuchel lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN